About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

17 July 2010

UiTM Shah Alam Anjur Forum Rasuah

www.tips-fb.com


UiTM anjur forum rasuah

SHAH ALAM 16 Julai - Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini menganjurkan forum akademik dalam usaha untuk mencapai misi menghindar gejala rasuah di kalangan pelajarnya.

Forum bertajuk Rasuah Satu Jenayah, Kenapa Dipolitikkan? itu dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM, Datuk Dr. Ir. Prof. Sahol Hamid Abu Bakar di Intekma Resort di sini semalam.

Menurut Sahol, mahasiswa UiTM perlu menjauhi rasuah dan sentiasa menganggapnya sebagai satu jenayah dan beliau juga mahu mereka faham mengapa ia tidak perlu dipolitikkan.

"Mahasiswa perlu didedahkan bahawa mereka perlu menjauhi diri daripada melakukan jenayah di dalam dan luar kampus.

"Rasuah perlu dianggap sebagai jenayah utama dan menerusi forum ini mahasiswa diharap dapat membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membanteras jenayah ini bila keluar dari UiTM kelak," katanya dalam ucapan perasmian forum itu.


Panel forum terdiri daripada anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Datuk Azman Ujang dan Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Paul Low.

Dua ahli panel lain ialah Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Umum dan Bahasa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Dr. Ridhuan Tee Abdullah dan Pengarah Akhbar and Associates, Akhbar Satar.

Sementara itu, seorang anggota panel, Ridhuan berkata, bagi mengelakkan rasuah terus berleluasa, semua pihak perlu menetapkan dalam hati mereka bahawa ia adalah haram di sisi Islam seperti kesalahan zina dan memakan babi.

"Mengapa kita tidak boleh mendidik pelajar membenci rasuah sebagaimana kita mendidik bahawa babi itu haram.

"Rasuah bukan setakat jenayah tetapi lebih daripada itu kerana ia bukan sahaja merosakkan seseorang tetapi merosakkan seluruh negara," ujarnya.

Bagi Azman pula, adalah bahaya jika rasuah dipolitikkan oleh ahli politik kerana ia akan melemahkan semangat anggota SPRM mencegah jenayah itu.

Beliau menjelaskan, kes yang dipolitikkan oleh ahli politik seperti siasatan SPRM dibuat pada waktu pejabat dan kes Teoh Beong Hock yang masih dalam perbicaraan tidak sepatutnya berlaku.



Antara hadirin pada forum tersebut adalah para pelajar semester tiga FKPM.


0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular