Selepas dua bulan dijalankan, akhirnya undian tinjauan pandangan mengenai cadangan menaiktaraf blog MASSA ke website telah ditutup. Seramai 198 orang pengunjung telah mengundi di mana 172 orang (86%) bersetuju, 14 orang (7%) tidak bersetuju manakala 12 orang (6%) tidak pasti.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mengundi. Cadangan ini mungkin akan diusulkan kepada AJK MASSA akan datang untuk menubuhkan website untuk MASSA bagi menggantikan blog yang ada sekarang memandangkan pemindahan dari blog ke website mungkin akan menyebabkan ada entri yang akan hilang. Moderator berpendapat entri-entri lama dalam blog ini harus dikekal dan diselamatkan untuk semakan dan rujukan akan datang. Oleh yang demikian blog ini akan dibiarkan terus beroperasi dan mungkin website MASSA akan boleh diusul untuk dilancarkan pada tahun hadapan di bawah kepimpinan MASSA yang baru. Insyaallah!
0 komen:
Post a Comment