About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

06 August 2010

Aplikasi e-Aduan UiTM

www.tips-fb.com

MASSA ingin berkongsi kepada anda yang mungkin tidak mengetahui tentang kewujudan aplikasi e-Aduan dalam menyampaikan permasalahan kepada pihak pengurusan UiTM. Sejak kebelakangan ini dilihat mahasiswa cenderung untuk meluahkan masalah dan rasa tidak puas hati dengan cara yang tidak betul iaitu menulis di blog dan juga membuat group Facebook Kami Benci.. itu dan ini berkaitan staf UiTM. Bagaimana masalah anda hendak didengar jika tidak sampai ke pihak yang sepatutnya?

Selain mahasiswa kini dilihat senang mengadu masalah dan menyatakan persoalan di Facebook Naib Canselor UiTM, di sini ada alternatif lain dimana kami menyarankan anda turut menggunakan aplikasi e-Aduan berikut supaya pihak UiTM dapat menilai keberkesanan aplikasi yang disediakan.


Saluran e-Aduan ini telah dibangunkan oleh Jabatan Komunikasi Korporat dan semua warga UiTM (staf dan pelajar) serta pelawat boleh mengguna kan saluran ini untuk mengemukakan aduan dengan berhemah.


Saluran ini dibangunkan oleh HEP untuk pelajar mengemukakan permasalahan dan persoalan berkaitan kemudahan pelajar selain berkaitan unit-unit di bawah HEP seperti Unit Kemudahan Kolej.


0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular