Ucapan ini diambil daripada Facebook Naib Canselor UiTM, Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar :
Pertama saya ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak tahun 1431H.
Untuk makluman semua Warga UiTM, berikut adalah program-program kerohanian yang telah dan akan dijalankan oleh CITU untuk warga universiti:
- Program halaqah di kalangan pelajar baru untuk meningkatkan kemahiran membaca al-Qur'an dan jawi.
- Program Sedekah di kalangan warga UiTM - Sumbangan Seringgit Satu Warga yang akan dilancarkan dalam bulan Ramadhan ini.
- Program Ihya' Ramadhan (Menghidupkan bulan Ramadhan) antaranya termasuklah:
- Program berbuka puasa di kalangan warga
- Tadarus al-Qur'an di kalangan staf dan pelajar sepanjang bulan Ramadhan
- Tazkirah di masjid dan surau
- Pembukaan kaunter bayaran Zakat di Pusat Islam dan Surau bangunan Menara
- Premis Pusat Islam (Masjid) dan Surau Wanita - Setakat mesyuarat minggu lepas Masjid belum siap sepenuhnya. Namun begitu pihak kontraktor sedang giat menjalankan kerja-kerja untuk disiapkan di bulan Ramadhan - mungkin pertengahan Ramadhan - pihak CITU telah berbincang dengan pejabat Fasiliti untuk ubah suai surau wanita di Menara - kerja akan dimulakan dalam masa terdekat.
- Bermula bulan Ramadhan ini, akan diadakan Tazkirah (ceramah) ringkas (10-15 minit) untuk ahli-ahli senat sebelum mesyuarat Senat .
Semoga Mendapat perhatian Semua Warga UiTM
Marbahan Ya Ramadhan
0 komen:
Post a Comment