Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), UiTM Shah Alam dan Melaka. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir pada 25 Oktober hingga 14 November ini.
Buat pengetahuan semua pelajar, barisan EXCO MASSA yang diketuai oleh saudara Hamzani sebagai Presiden dan Saudari Raifanabila akan menamatkan tempoh lantikan mereka pada awal semester tahun depan. Sehubungan itu pihak MASSA telah pun melantik EXCO Tertinggi MASSA yang terbaharu untuk tahun 2011. Nama-nama mereka akan diumumkan kelak.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua EXCO MASSA yang telah menjalankan tugas mereka dengan penuh berdedikasi dan bertanggungjawab. Sejak dua tahun ini MASSA menunjukkan prestasi yang sungguh baik dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan serta memperkenalkan fakulti kepada pihak luar dan UiTM secara umumnya. Dua tahun lalu MASSA mula melangkah gagah dibawah pimpinan saudari Suhaila sebagai Presidennya dan saudara Meor sebagai Timbalan Presiden. Bermula dari situ MASSA mula bersemangat menjalankan aktiviti menyatukan semua pelajar Masscomm dan memperkenalkan fakulti kepada pihak atasan UiTM. EXCO MASSA dibawah pimpinan saudari Ella dan Meor yang sungguh aktif mendapat pujian dari banyak pihak.
Kesinambungan EXCO baru yang diserahkan pada pimpinan saudara Hamzani pada Januari 2010 yang lalu juga tidak menghampakan. MASSA terus mengorak langkah dan bergerak dengan penuh semangat bagi memperjuangkan hak pelajar dan menjadi tulang belakang kepada semua aktiviti pelajar di fakulti. Saya ingin mengucapkan syabas kepada pihak MASSA dibawah pimpinan saudari Suhaila dan Hamzani yang telah menaikkan nama MASSA yang suatu ketika dulu hanya tinggal nama tanpa aktiviti. Sekali lagi ucapan terima kasih dan syabas, diharap EXCO yang baru juga dapat menjalankan aktiviti sebaik EXCO lama dan menjadikan MASSA satu persatuan pelajar FKPM yang menyatupadukan pelajar pelbagai bidang dan jurusan.
Akhir kata selamat menempuh peperiksaan kepada semua pelajar FKPM dan tahniah kepada bakal graduan yang bakal menerima ijazah mereka bulan depan.

0 komen:
Post a Comment