About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

18 October 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir

www.tips-fb.com

Penasihat MASSA, Puan Hariyati Ariffin atau Mama di Facebooknya hari ini mengucapkan..

"Selamat menempuh peperiksaan akhir kepada semua pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam bermula 25 Oktober ini. Good Luck and take care."


Selain itu, Mama juga menzahirkan rasa bangga dan seronok kepada para pelajar Semester 1 yang diajarnya semester ini..

Part 1 MC 222, MC 224, MC 225, MC 226 Unik , Happening dan Bersemangat

Terasa cepat sungguh masa berlalu. Diam tak diam dah habis satu semester berlalu. Minggu depan peperiksaan akhir bermula. Mengenali pelajar Part 1 adalah sesuatu yang membuat aku teruja. Sejak mula mengajar sehingga sekarang aku ssentiasa diamanahkan oleh Fakulti untuk mengajar matapelajaran bagi pelajar semester satu seperti Writing, Into to Masscomm dan Newswriting reporting. Setiap sem pelajar semester satu berpeluang menjelajah dan meneroka kehidupan dengan matapelajaran yang aku ajar. Mungkin pendekatan aku agak berbeza daripada pensyarah lain tapi samada suka atau tidak itu lah cara aku mengajar. Mereka mungkin agak terperanjat diawal semester, tapi setelah biasa kami menjadi rakan kongsi dalam proses pembelajaran. Keakraban kami terserlah dan aku sentiasa mengingati mereka sehingga mereka habis belajar.malah pelajar sentiasa mewarnai hidup aku dalam mengisi sisa hidup ini. Kadangkala hidup ini rasa sepi tanpa dikelilingi pelajar. Cuti sem mungkin membuatkan aku terasa sedikit sunyi dan sepi.

Tahun ini semester July Nov 2010. aku diberi kepercayaan mengajar MC 222, 224, 225 dan 226. dalam subjek News Writing and reporting. Ternyata mereka tidak banyak bezanya dari rakan2 senior sebelum ini yang cukup membuat aku teruja untuk memulakan pembelajaran. Kami mengharungi liku2 hidup dalam proses pembelajaran dan berhadapan dengan segala cabaran mempelajari seluk beluk membuat berita dan rencana. Sama seperti pelajar senior yang pernah bernaung dibawah pengajaran aku, mereka juga pelajar yang penuh semangat dan setiap seorang dari mereka amat unik. Proses pembelajaran menjadi mudah dengan pelajar yang akur dan sentiasa menerima teguran dengan baik. Harapan Mama agar semua pelajar ini cemerlang dalam peperiksaan nanti dan pesanan dari Mama `treasure the moments that we shared together and always be ready for the unexpectation in life' Semoga anda semua terus berjaya. take care and lots of LOVE from MAMA


Klik Baca Selanjutnya untuk meneruskan bacaan.

MASSA juga tidak ketinggalan untuk mengambil kesempatan mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir Oktober 2010 kepada para mahasiswa FKPM dan seluruh mahasiswa UiTM. Manfaatkan cuti ulangkaji selama seminggu ini untuk menenangkan fikiran dan mengulangkaji semula subjek-subjek yang mempunyai peperiksaan akhir.

KLIK SINI untuk menyemak jadual peperiksaan anda.

2 komen:

Mama Masscom said...

Kepada semua AJK Massa tahniah Mama ucapkan kerana menjalankan tugas anda dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.Keep up the good work. Mama berharap team baru yang bakal dilantik semester hadapan akan dapat menjalankan tugas mereka dengan cemerlang seperti mana yang ditunjukkan oleh team Massa dua semester ini. Mama percaya kesungguhan yang ditunjukkan oleh AJK yang menerajui Massa akan menjadikan Massa sebuah persatuan Pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media yang aktif dan menyatukan semua pelajar dibawah naungannya. Take care dan selamat menempuh peperiksaan akhir. Lots of love from MAMA.

Meor Iszwan said...

Terima kasih Mama kerana suatu ketika dulu mengajak saya untuk menyertai MASSA. Dua tahun saya bersama MASSA membuatkan saya benar2 jatuh cinta dengan MASSA.

MASSA yang kurang dikenali di awal2 saya belajar di FKPM kini semakin menempah nama bukan sahaja di fakulti kita malah di UiTM Shah Alam itu sendiri. Bangga saya bila rakan2 dari fakulti lain turut mengenali MASSA dan alhamdulillah blog ini antara medium memperkenalkan MASSA kepada ramai orang.

Semoga AJK akan datang akan terus meletakkan MASSA di tempat yang gemilang dan semoga blog ini akan terus dimanfaatkan sebaiknya sebagai medium penyampai maklumat.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular