About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

31 December 2010

2010: MASSA Semarakkan 1 MassComm

www.tips-fb.com

Bersama kita imbas kembali aktiviti MASSA sepanjang 2010:



1. Program pertama MASSA yang membuka tirai 2010 adalah Program Pemantapan Wawasan yang diadakan pada 3 Januari 2010 diikuti perlantikan Ahli Majlis Tertinggi AJK MASSA Sesi 2010 pada AGM MASSA yang diadakan pada 11 Januari 2010.

2. Blog MASSA menghangatkan demam pilihanraya kampus UiTM Shah Alam yang diadakan pada 28 Januari 2010 di mana MASSA memberi peluang kepada kelima-lima calon MPP FKPM yang bertanding untuk berkempen di blog MASSA.

3. MASSA menerima jemputan daripada pihak KOMED! untuk menghadiri Program Induksi Pelajar MassComm UiTM Melaka pada 30 Januari 2010. Turut hadir bersama AJK MASSA adalah para pelajar FKPM UiTM Shah Alam yang kebanyakannya adalah alumni FKPM UiTM Melaka.

4. Awal bulan Mac, MASSA melancarkan undian untuk t-shirt fakulti di blog MASSA dimana semua rekaan dihantar oleh kelab-kelab dalaman FKPM.

5. AJK MASSA membantu pihak fakulti dalam menguruskan booth FKPM di program Selangkah Ke UiTM 2010 yang diadakan pada 13 dan 14 Mac 2010 dimana FKPM muncul juara booth terbaik kategori Gugusan Sains Sosial dan Kemanusiaan.

6. AJK MASSA sekali lagi membantu pihak fakulti untuk muncul pemenang tempat ketiga booth terbaik fakulti pada Hari Bertemu Pelanggan Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang diadakan pada 17 dan 18 Mac 2010.

7. Meneruskan tradisi, MASSA bersama pengurusan fakulti sekali lagi berganding bahu menganjurkan Majlis Anugerah Dekan Kali ke-8 pada 26 Mac 2010.

8. Buat julung kalinya MASSA bersama kelab-kelab dalaman FKPM menganjurkan MassComm Nite pada 2 April 2010, majlis makan malam yang menghimpunkan para pelajar FKPM untuk memecahkan aktiviti lazim sebelum ini yang mana majlis seumpamanya hanya dianjurkan di peringkat sequence.



10. Membuka semester Julai-November 2010 adalah penganjuran Program Pemantapan Wawasan yang diadakan pada 18 Julai 2010 untuk 'meraikan' kedatangan pelajar baru FKPM Shah Alam.


11. MASSA melangkah ke hadapan dengan menjalinkan kerjasama dengan GPMS UiTM Shah Alam dan Jabatan Pembangunan Wanita untuk menganjurkan ceramah Menangani Gangguan Seksual pada 2 Ogos 2010.

12. Kenangan yang pastinya paling tidak boleh dilupakan AJK MASSA adalah semangat 1MassComm yang ditunjukkan dalam persembahan flash mob pada perbarisan Majlis Perasmian Penutup Sukan Antara Fakulti (SAF) yang diadakan pada 6 Ogos 2010.




13. MASSA berkerjasama dengan SMF FKPM dalam penganjuran Jom Ramadhan Jom Bubur Lambuk pada 24 Ogos 2010.

14. Majlis Anugerah Dekan sekali lagi menjadi tanggungjawab MASSA untuk merealisasikannya pada 4 Oktober 2010.

15. AJK MASSA 2010 diraikan oleh AJK MASSA 2011 dalam majlis makan malam di Malam Apresiasi MASSA yang diadakan pada 1 Disember 2010.

Inilah sedikit sebanyak himpunan aktiviti anjuran MASSA yang diadakan sepanjang 2010. Di bawah kepimpinan saudara Hamzani memperlihatkan semangat 1MassComm mula ketara dikalangan pelajar FKPM dimana jurang antara sequence dan pelajar lepasan diploma dengan pelajar lepasan STPM/Metrikulasi/Diploma lain dapat sedikit sebanyak dipecahkan. Tahniah buat semua AJK MASSA Sesi 2010.


0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular