About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

24 March 2011

Talk: Employees Communication

www.tips-fb.com


Employees Communication:
Integrating Human Resources & Communication Practices
Towards Organizational Excellence

Ahli Panel:
Nurhayati Hashim (Mesiniaga)
Alex Pega (Shell)

Tempat: Dewan Seminar UIC (UiTM International Centre), UiTM Shah Alam
Tarikh: 8 pagi - 2 petang

Program ini dianjurkan oleh para pelajar semester 4, Pengurusan Komunikasi & Polisi (MC228).
Sehubungan dengan itu, para pelajar MC228 DIWAJIBKAN HADIR ke program ini.


Baca Selengkapnya - Talk: Employees Communication

16 March 2011

Majlis Anugerah Dekan 2011

www.tips-fb.com



Perhatian kepada mahasiswa Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), UiTM Shah Alam yang mendapat Anugerah Dekan pada peperiksaan akhir Oktober 2010 yang lalu, anda dijemput untuk menghadiri Majlis Anugerah Dekan FKPM bertemakan 'Graduan Cemerlang Pemangkin Kemajuan Negara' yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 23 Mac 2011 (Rabu)
Masa: 7 Malam
Tempat: Dewan Sri Budiman
Tema pakaian: Turquoise & Putih

Baca Selengkapnya - Majlis Anugerah Dekan 2011

03 March 2011

Sekitar Pemilihan Jawatankuasa MASSA 2011/2012

www.tips-fb.com

MASSA sebelum ini telah menghebahkan tentang sesi pemilihan AJK tertinggi MASSA bagi sesi 2011/12 (KLIK SINI) dan pada hari ini, 3 Mac 2011, jam 12.30 tengahari telah berlangsungnya sesi pemilihan yang dijalankan di Dewan Kuliah 3.

Sesi pemilihan ini telah dipengerusikan oleh Nurul Iman (MC221/4c) dan Puan Hariyati (Mama) selaku penasihat MASSA memberi sedikit kata aluan mengenai MASSA.

Walaupun terdapat beberapa calon yang menarik diri di saat akhir, namun ia tidak menjejaskan perjalanan majlis, malah boleh dikatakan setiap kali sesi pemilihan undi dijalankan, ada sahaja usikan daripada pelajar-pelajar Masscomm terhadap para calon.


Di bawah ialah senarai nama calon-calon yang bertanding bagi sesi pemilihan kali ini:

4 ahli Majlis Tertinggi bersama Penasihat MASSA, Puan Hariyati

PRESIDEN
Mohd Ezzat Asyiq (MC223)
Mohd Hafiz Rosli (MC222)

TIMBALAN PRESIDEN
Siti Nursalma Ahmad Zais (MC226)
Mohd Haziq Zulkifli (MC225)

SETIAUSAHA
Siti Noraisah Binti Yahya (MC223)
Noraliza Binti Mamat (MC225)
Mohamad Fadhil Mohammad (MC227)

BENDAHARI
Muhammad Syafiq Bin Mohiadin (MC222)
Mirdalinie Mohamed (MC227)

Tahniah diucapkan kepada AJK TERTINGGI MASSA 2011/2012, diharap 4 ahli Majlis Tertinggi ini dapat menyambung kegemilangan MASSA di masa akan datang.
Baca Selengkapnya - Sekitar Pemilihan Jawatankuasa MASSA 2011/2012

02 March 2011

Kolokium Kritikan Media Ke-24

www.tips-fb.com

Pelajar tahun akhir semester lima Program Kewartawanan MC221 akan menganjurkan Kolokium Kritikan Media Kali Ke-24 dengan topik yang dipilih kali ini adalah Wartawan, Undang-Undang & Negara. Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh: 5 Mac 2011 (Sabtu)
Masa: 8 pagi - 12 tengahari
Tempat: Pusat Hubungan UiTM - Industri, UILC Shah Alam

SEMUA DIJEMPUT HADIR
Baca Selengkapnya - Kolokium Kritikan Media Ke-24

28 February 2011

Charity Week for Raudatul Sakinah

www.tips-fb.com


Instructional Communication & Training (MC226)
Charity Week for Raudatul Sakinah

Date: 28 February -4 March (Monday - Friday)
Venue: Masscomm Cafe

Help us to help them by donating item such as food, clothing or even cash.
Your help can make a difference.

All donation will be proceed to Raudatul Sakinah Shelter for Teen in Need.

Baca Selengkapnya - Charity Week for Raudatul Sakinah

24 February 2011

Pemilihan Jawatankuasa MASSA 2011/2012

www.tips-fb.com




Sebagaimana yang tertera di dalam poster di atas, MASSA akan mengadakan Pemilihan Jawatankuasa bagi sesi 2011/2012.
Tarikh: 3 Mac/Khamis
Masa: 12-2PM
Tempat: DK2

Datanglah beramai-ramai bagi memilih calon pelajar untuk AJK MASSA 2011/2012. Jom jadi BIJAK!
Baca Selengkapnya - Pemilihan Jawatankuasa MASSA 2011/2012

23 February 2011

Tahniah & Selamat Menjalankan Tugas MPP FKPM Sesi 2011/12

www.tips-fb.com



Teka teki sudah terjawab di Kompleks Sukan UiTM pada majlis pengiraan undi dan pengumuman calon yang menang kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2011/12 untuk fakulti masing-masing. Tahniah diucapkan kepada dua MPP baru Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) yang telah ditabalkan iaitu saudara Mohd Iqbal B. Amir Nizamuddin (MC228/04) dan Tunku Nashrul Tunku Abaidah (MC221/04).

Kepada dua calon lain yang kurang bernasib baik, jadikan pengalaman dalam pilihanraya kampus ini sebagai satu pengalaman berharga. Teruskan berkhidmat untuk fakulti dan UiTM dalam cabang yang lain dan untuk dua yang berjaya, selamat menjalankan tugas sebagai wakil pelajar FKPM. Semoga apa yang dijanjikan dalam manifesto masing-masing akan diusahakan sebaiknya.

MASSA mengucapkan TAHNIAH buat saudara Iqbal dan Nash!
Baca Selengkapnya - Tahniah & Selamat Menjalankan Tugas MPP FKPM Sesi 2011/12

15 February 2011

Graphic Goes Green 2011

www.tips-fb.com


Eco-Bag Design Competition

Prizes over RM1,000 up for grabs!

Seems like the world is never enough of green activists. So, do you have something you really want to tell the world about your take on the environment? Or the “reuse, reduce, recycle” mantra that is so cliched you have a better line for our current generation? Whatever the message would be, how about saying it out loud and clear on an eco-bag?

The canvas is yours.

Here’s how the contest works:
1. Creatively think of a design for the eco-bag. Your design MUST conveyan environmental message.

2. IMPORTANT: Make sure that your design fits nicely within the A4-size area. Your design should only consist of 2 colours.

3. Submit your design in AI or PDF file format (high-res, 300dpi).

4. Email your submission along with your personal details (full name, NRIC no, address and tel no) to cutoutcomp@gmail.com

5. Entry closing date: 14 March 2011 before 12 midnight

6. ONE entry per person only. Multiple submissions are not allowed.

Shortlisted designs will be exhibited at The Weld Shopping Centre from 14th till 20th March 2011 in conjunction with the Graphic Goes Green Eco Campaign.

Result Announcement & Prize Giving
Date: 19 March 2011
Venue: Concourse,
The Weld Shopping Centre

*This eco-bag design competition is open to all Malaysians. No age limit. Shortlisted entries will be announced on CUTOUT Facebook Fan Page while winners will be revealed on the event day. All received entries will be exhibited during the period of the Graphic Goes Green 2011 eco campaign. By submitting your artwork the contestant agrees to the terms and conditions stated herein.

CO-Organisers:-
The Weld Shopping Centre
CUTOUT Magazine

Source: CUTOUT (Facebook)





Baca Selengkapnya - Graphic Goes Green 2011

25 January 2011

Sekitar Program Pemantapan Wawasan 2011

www.tips-fb.com

Pada 22 Januari 2011 (Sabtu) bertempat di Kompleks Kejuruteraan, telah berlangsungnya Program Pemantapan Wawasan 2011 bagi sesi Dis-April 11. Program ini merupakan satu program wajib bagi pelajar Semester 1 dan Semester 3 (lepasan Diploma FKPM). Program 1 hari ini dimulakan dengan 2 sesi ceramah dan diakhiri dengan aktiviti Xplorace yang dijalankan di sekitar FKPM.

AJK MASSA juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak terutama sekali pelajar Semester 1 dan 3 dalam menjayakan Program Pemantapan Wawasan pada kali ini.



























































Baca Selengkapnya - Sekitar Program Pemantapan Wawasan 2011

16 January 2011

AJK MASSA Sesi 2011/12

www.tips-fb.com

Berikut adalah senarai jawatankuasa MASSA Sesi 2011/2012:


Penaung

PROF. MADYA DR. MOHD ADNAN HASHIM



Penasihat

PUAN HARIYATI ARIFFIN

ENCIK ABU YAMIN SALAM



Presiden

MOHD EZZAT ASYIQ BIN AZHAR (MC223)


Timbalan Presiden

SITI NURSALMA BINTI AHMAD ZAIS (MC226)


Setiausaha

SITI NORAISAH BINTI YAHYA (MC223)


Bendahari

MOHD HAFIZ BIN ROSLI (MC222)


Biro Perhubungan Luar

NURASYIKIN BINTI ALFIAN (MC223)

SHARIFAH NURAINI BINTI SYED ABDULLAH (MC228)



Biro Aduan

NOR NATRAH HIDAYAH BINTI AHMAD (MC223)

MUHAMMAD AQLIL AIZAT BIN MOHD ALI (MC223)



Biro ICT & Multimedia

AMMAR BIN LUTFI (MC225)

MOHD SARIFUDDIN BIN YUSOF (MC225)



Biro Sukan & Aktiviti

MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHIADIN (MC222)

SITI NOR AMIRAH BINTI ABU BAKAR (MC221)



Biro Akademik

NURUL NADIA BINTI AB. HAMID (MC227)

NUR KHAIRUNNISA AZNAN (MC221)



Biro Publisiti

NUR ATIQAH BINTI AHMAD ZAKI (MC225)



Ad-Hoc

MOHD SHUKRI BIN SALLEH (MC224)

NORALIZA BINTI MAMAT (MC225)


NUR FATHIA BINTI ABD. RAHIM (MC224)





Baca Selengkapnya - AJK MASSA Sesi 2011/12

15 January 2011

Program Pemantapan Wawasan 2011

www.tips-fb.com


MASSA sekali lagi akan menganjurkan Program Pemantapan Wawasan '11 untuk sesi Jan-April 2011 di peringkat Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM). PPW adalah program wajib setiap semester untuk pelajar baru semester satu dan pelajar semester tiga lepasan diploma FKPM.

Tarikh: 22 Januari 2011 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Menara Kejuruteraan (S&T) & Fakulti Komunikasi & Pengajian Media
Pakaian: Pakaian sukan dengan t-shirt berwarna putih
(*menepati sahsiah rupa diri pelajar UiTM)

Baca Selengkapnya - Program Pemantapan Wawasan 2011

14 January 2011

Sesi Pengajian 2011-2012 UiTM

www.tips-fb.com

Dipetik dari Student Portal UiTM.

Atas arahan Kementerian Pengajian Tinggi kepada semua Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia melalui surat bertarikh 15 Oktober 2010 [JPT.S(BPKP)200/400/016/03 Jld.3(27)], Universiti Teknologi MARA akan memulakan Sesi Pengajian 2011-2012 seperti berikut:

KLIK SINI
Baca Selengkapnya - Sesi Pengajian 2011-2012 UiTM

31 December 2010

2010: MASSA Semarakkan 1 MassComm

www.tips-fb.com

Bersama kita imbas kembali aktiviti MASSA sepanjang 2010:


1. Program pertama MASSA yang membuka tirai 2010 adalah Program Pemantapan Wawasan yang diadakan pada 3 Januari 2010 diikuti perlantikan Ahli Majlis Tertinggi AJK MASSA Sesi 2010 pada AGM MASSA yang diadakan pada 11 Januari 2010.

2. Blog MASSA menghangatkan demam pilihanraya kampus UiTM Shah Alam yang diadakan pada 28 Januari 2010 di mana MASSA memberi peluang kepada kelima-lima calon MPP FKPM yang bertanding untuk berkempen di blog MASSA.

3. MASSA menerima jemputan daripada pihak KOMED! untuk menghadiri Program Induksi Pelajar MassComm UiTM Melaka pada 30 Januari 2010. Turut hadir bersama AJK MASSA adalah para pelajar FKPM UiTM Shah Alam yang kebanyakannya adalah alumni FKPM UiTM Melaka.

4. Awal bulan Mac, MASSA melancarkan undian untuk t-shirt fakulti di blog MASSA dimana semua rekaan dihantar oleh kelab-kelab dalaman FKPM.

5. AJK MASSA membantu pihak fakulti dalam menguruskan booth FKPM di program Selangkah Ke UiTM 2010 yang diadakan pada 13 dan 14 Mac 2010 dimana FKPM muncul juara booth terbaik kategori Gugusan Sains Sosial dan Kemanusiaan.

6. AJK MASSA sekali lagi membantu pihak fakulti untuk muncul pemenang tempat ketiga booth terbaik fakulti pada Hari Bertemu Pelanggan Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang diadakan pada 17 dan 18 Mac 2010.

7. Meneruskan tradisi, MASSA bersama pengurusan fakulti sekali lagi berganding bahu menganjurkan Majlis Anugerah Dekan Kali ke-8 pada 26 Mac 2010.

8. Buat julung kalinya MASSA bersama kelab-kelab dalaman FKPM menganjurkan MassComm Nite pada 2 April 2010, majlis makan malam yang menghimpunkan para pelajar FKPM untuk memecahkan aktiviti lazim sebelum ini yang mana majlis seumpamanya hanya dianjurkan di peringkat sequence.



10. Membuka semester Julai-November 2010 adalah penganjuran Program Pemantapan Wawasan yang diadakan pada 18 Julai 2010 untuk 'meraikan' kedatangan pelajar baru FKPM Shah Alam.


11. MASSA melangkah ke hadapan dengan menjalinkan kerjasama dengan GPMS UiTM Shah Alam dan Jabatan Pembangunan Wanita untuk menganjurkan ceramah Menangani Gangguan Seksual pada 2 Ogos 2010.

12. Kenangan yang pastinya paling tidak boleh dilupakan AJK MASSA adalah semangat 1MassComm yang ditunjukkan dalam persembahan flash mob pada perbarisan Majlis Perasmian Penutup Sukan Antara Fakulti (SAF) yang diadakan pada 6 Ogos 2010.




13. MASSA berkerjasama dengan SMF FKPM dalam penganjuran Jom Ramadhan Jom Bubur Lambuk pada 24 Ogos 2010.

14. Majlis Anugerah Dekan sekali lagi menjadi tanggungjawab MASSA untuk merealisasikannya pada 4 Oktober 2010.

15. AJK MASSA 2010 diraikan oleh AJK MASSA 2011 dalam majlis makan malam di Malam Apresiasi MASSA yang diadakan pada 1 Disember 2010.

Inilah sedikit sebanyak himpunan aktiviti anjuran MASSA yang diadakan sepanjang 2010. Di bawah kepimpinan saudara Hamzani memperlihatkan semangat 1MassComm mula ketara dikalangan pelajar FKPM dimana jurang antara sequence dan pelajar lepasan diploma dengan pelajar lepasan STPM/Metrikulasi/Diploma lain dapat sedikit sebanyak dipecahkan. Tahniah buat semua AJK MASSA Sesi 2010.


Baca Selengkapnya - 2010: MASSA Semarakkan 1 MassComm

30 December 2010

Terima Kasih Pengunjung Blog MASSA

www.tips-fb.com

Setelah hampir dua tahun menjaga blog MASSA ini dari April 2009 hingga Disember 2010, akhirnya saya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada blog ini. Sebagai moderator, saya memohon ribuan kemaafan jika melakukan sebarang salah dan silap sepanjang mengendalikan blog ini. Selain itu saya ingin juga mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang mengunjungi blog ini, kerana anda saya bersemangat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai moderator.

Berkongsi sedikit pengalaman mengendalikan blog MASSA, banyak cabaran yang saya hadapi antaranya adalah untuk mencari bahan berita untuk dimuatkan dalam blog ini. Selain mendapat maklumat dari rakan-rakan AJK MASSA dan usaha sendiri, saya ingin berterima kasih kepada semua tak kira pelajar FKPM mahupun fakulti lain yang sudi memberikan cerita atau makluman untuk dikongsi di blog MASSA.

Satu lagi cabaran yang saya takkan lupa adalah untuk mengawal ruangan chat dalam blog ini. Pernah suatu ketika timbul perbalahan di ruang berkenaan antara pelajar lepasan diploma dengan pelajar lepasan STPM hingga berlaku serang-menyerang. Saya terpaksa memainkan peranan untuk mengawal situasi berkenaan dengan membuang komen-komen yang negatif. Sejak peristiwa itu saya setiap hari memantau ruangan chat untuk melihat setiap komen yang ditulis. Saya tidak akan memadam komen berunsur kritikan, hanya komen yang berunsur negatif, hasutan dan cacian sahaja yang dipadam.

Tentang kegembiraan dalam mengendalikan blog ini, tiada apa yang lebih mengembirakan saya selain daripada dapat membantu rakan-rakan pelajar dengan setiap makluman yang disampaikan. Saya gembira apabila Penasihat MASSA iaitu Puan Hariyati memaklumkan saya bahawa blog ini juga dikunjungi oleh dekan dan timbalan dekan kita serta pensyarah-pensyarah lain. Tetapi saya lebih gembira sebenarnya bila mengetahui blog ini juga dilawati oleh pelajar fakulti lain, ada juga kunjungan dari universiti lain, alumni FKPM malah bakal pelajar FKPM juga lebih dulu mengenali blog MASSA sebelum mereka menjadi warga UiTM. Buktinya di ruangan chat dan di email MASSA pernah menerima maklum balas dari bakal pelajar yang biasanya ingin bertanya mengenai temuduga FKPM selain ingin mengetahui suasana pembelajaran di sini.

Melihat keberkesanan blog ini pada 2009 dalam memperkenalkan nama MASSA di seluruh UiTM, saya mengambil keputusan untuk menerima pelawaan Puan Hariyati untuk terus mengendalikan blog MASSA untuk sesi 2010 dengan memberikan saya jawatan khas sebagai moderator blog MASSA walaupun ketika itu saya sudah masuk tahun terakhir pengajian dan sedang berpraktikal. Walaubagaimanapun, kesibukan berpraktikal tidak mengganggu saya malah tugas saya di Jabatan Komunikasi Korporat UiTM di Canseleri sedikit sebanyak membantu saya untuk berkongsi info berkaitan UiTM di blog ini.

Saya sedar mempopularkan nama MASSA di ruang maya tidak cukup hanya di blog, oleh yang demikian saya membuka akaun MASSA di Facebook, Twitter, Flickr dan juga YouTube. Selain memudahkan pengumpulan koleksi video dan gambar, laman-laman ini juga boleh mendekatkan MASSA dengan pelajar FKPM. Mereka akan lebih tahu perkembangan aktiviti anjuran MASSA selain dapat melihat wajah mereka dari video dan gambar koleksi MASSA untuk setiap aktiviti. Dari biarkan gambar tersimpan dalam desktop di bilik gerakan, adalah lebih baik ia dimuatnaik untuk tontonan semua.

Inilah serba sedikit yang dapat saya ingat untuk dikongsikan. Untuk tahun 2011 saya menyerahkan kembali blog ini dan semua akaun MASSA yang lain kepada AJK MASSA 2011/12 untuk menentukan halatuju seterusnya. Walaupun telah bergelar alumni, saya berjanji akan terus membantu pihak MASSA dan fakulti dalam berkongsi pengalaman atau idea. Saya ucapkan selamat bertugas kepada AJK baru dan sekali lagi terima kasih buat semua pengunjung blog MASSA.

Meor Iszwan
Timbalan Presiden MASSA 2009
Moderator Blog MASSA 2010


Baca Selengkapnya - Terima Kasih Pengunjung Blog MASSA

26 December 2010

Jejantas Baru Luar Pintu Pagar 2 UiTM

www.tips-fb.com


Kerajaan telah pun meluluskan peruntukan untuk membina satu jejantas pejalan kaki di luar pintu pagar dua UiTM Shah Alam (Seksyen 7 di hadapan KFC). Pembinaannya telah dimulakan dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2011.

Tahniah diucapkan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam Sesi 2010/11 dan semua pihak yang telah berusaha membuat permohonan untuk merealisasikan pembinaan jejantas tersebut. Apabila siap kelak, jejantas ini akan sedikit sebanyak memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada para pelajar yang biasa menggunakan laluan tersebut.

(Foto diambil daripada Facebook Nasa Ahmad, NYDP MPP UiTM Shah Alam)


Baca Selengkapnya - Jejantas Baru Luar Pintu Pagar 2 UiTM

25 December 2010

Kalendar Akademik Januari - Mei 2011

www.tips-fb.com




Ketahui tarikh-tarikh penting dalam kalendar akademik UiTM untuk semester Januari hingga Mei 2011. Kalendar akademik ini juga sedikit sebanyak akan dapat memudahkan anda melakukan perancangan aktiviti peribadi anda, kelas mahupun kelab untuk semester akan datang.

Antara tarikh-tarikh penting yang harus dititik beratkan adalah:
  • kuliah bermula pada 3 Januari 2011
  • pendaftaran kursus akan dilakukan secara online bermula pada 21 Disember 2010 hingga 24 Januari 2011 (bagi pelajar lama) dan 30 Disember 2010 hingga 28 Januari 2011 (bagi pelajar baru)
  • tarikh akhir pembayaran yuran adalah pada 4 Februari 2011
KLIK SINI untuk menyemak senarai penuh Kalendar Akademik Januari-Mei 2011


Baca Selengkapnya - Kalendar Akademik Januari - Mei 2011

24 December 2010

Selamat Hari Natal

www.tips-fb.com



MASSA mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Natal (Merry Christmas) buat Warga UiTM terutama rakan-rakan pelajar dari Sabah dan Sarawak serta seluruh rakyat Malaysia yang menganut agama Kristian. Semoga berbahagia meraikannya bersama keluarga tercinta serta sanak saudara.
Baca Selengkapnya - Selamat Hari Natal

23 December 2010

UiTM Juara Debat Diraja IPTA 2010

www.tips-fb.com


UiTM juara Debat Diraja IPTA 2010

Universiti Teknologi Mara (UiTM) mencatat sejarah baru dalam Pertandingan Debat Diraja Antara Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) 2010 kategori Bahasa Melayu apabila muncul juara pada pertandingan akhir hari ini.

UiTM melakar kejayaan itu setelah menewaskan pasukan tuan rumah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam pertandingan yang berlangsung di kampusnya di sini.

Ketua pasukan UiTM, Mohd. Khairulnizam Bakeri, 25, berkata, kejayaan itu mengubat 'duka' lama pada 2005 apabila pengacara majlis tersilap mengumumkan universiti tersebut sebagai juara.

"Ketika itu, pasukan UiTM sudah memegang piala kejuaraan, namun kemudian pengacara majlis menyedari kesilapan dan mengumumkan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang muncul johan.

"Alhamdulillah, kejayaan kali pertama muncul juara ini mengubat kekecewaan lama dan hadiah untuk semua warga UiTM," katanya yang merupakan penuntut Fakulti Perakaunan semasa ditemui di sini hari ini.

Pasukan UiTM turut diwakili Muhammad Izzat Zulkefli, 22, Siti Nur Zamzafila Mohd. Nor, 23, dan Nur Alia Mat Jusoh, 22.

UTHM pula diwakili Muhammad Hakim Zainal, 22, Lee Te Chuan, 21, Fazrina Zifa Zaukani, 21, dan Azri Jaharudin, 21.

Tajuk pertandingan debat adalah Wawasan 2020: Malaysiaku takkan menangis dengan UiTM menjadi pihak pencadang manakala UTHM sebagai pembangkang.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mencemar duli menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Dengan kemenangan itu, pasukan UiTM membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta piala pusingan dan sijil penyertaan.

Muhammad Izzat yang merupakan Presiden Kelab Debat UiTM berkata, pasukannya telah membuat persiapan rapi untuk menghadapi pertandingan tersebut termasuk mengadakan beberapa siri pertandingan persahabatan dengan beberapa IPTA lain.

Siti Nur Zamzafila daripada Fakulti Sains Matematik pula berkata, penuntut bidang sains juga mempunyai kemampuan setanding mahasiswa aliran sains sosial yang sering mendominasi pertandingan debat sebelum ini.

"Bidang sains juga menekankan aspek berhujah dengan fakta secara logik yang menjadi komponen penting dalam debat," katanya.

Kenyataan itu terbukti benar apabila Ketua Pasukan UTHM daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Muhammad Hakim Zainal dipilih sebagai pendebat terbaik keseluruhan kategori Bahasa Melayu.

Muhammad Hakim yang membawa pulang wang tunai RM1,000 dan sijil berkata, antara cabaran terbesar dalam pertandingan debat adalah untuk menterjemahkan fakta sains, teknikal dan ekonomi dalam bahasa yang mudah difahami oleh orang ramai.

Kategori debat Bahasa Arab pula diungguli Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) manakala Universiti Malaya (UM) muncul johan kategori Bahasa Inggeris.

Pertandingan itu dianjurkan sejak 1995 dan kali ini sebanyak 35 pasukan daripada 19 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan tiga institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) mengambil bahagian dalam pertandingan debat bahasa Melayu.

Bagi kategori bahasa Arab pula, sebanyak 18 pasukan daripada sembilan IPTA mengambil bahagian manakala kategori bahasa Inggeris melibatkan 14 IPTA dan satu IPTS.

Baca Selengkapnya - UiTM Juara Debat Diraja IPTA 2010

12 December 2010

Malam Apresiasi MASSA

www.tips-fb.com

MASSA telah mengadakan majlis makan malam ringkas pada Malam Apresiasi MASSA yang menemukan AJK MASSA 2010 dengan bakal pengganti mereka iaitu barisan AJK MASSA 2011 yang baru dipilih. Majlis ini telah diadakan di Kedai Kopi, Shah Alam pada 1 Disember 2010 yang lalu.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk sesi perkenalan dan ramah mesra serta bertukar-tukar pengalaman antara AJK 2010 dengan AJK yang baru selain meraikan barisan AJK MASSA 2010 yang bakal menamatkan perkhidmatan bersama MASSA. Setiap AJK MASSA 2010 yang hadir diberi peluang untuk memberikan sepatah dua kata selain menerima sijil penghargaan daripada Penasihat MASSA, Puan Hariyati Ariffin.

Majlis ini diakhiri dengan sesi bergambar kenangan bersama Penasihat MASSA selain sesi istimewa bertukar-tukar hadiah antara AJK 2010 dengan AJK 2011. AJK 2010 mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada AJK baru yang telah menganjurkan majlis ini. Semoga kecemerlangan MASSA akan diteruskan dan bertambah hebat dari tahun ke tahun.

Selamat berpraktikal diucapkan kepada majoriti AJK MASSA 2010 yang akan berada di semester akhir dan bakal menjalani latihan industri sebelum menamatkan pengajian mereka.

















Baca Selengkapnya - Malam Apresiasi MASSA

10 December 2010

Periksa Keputusan Anda Melalui E-mail

www.tips-fb.com


Seperti yang dimaklumkan di student portal, anda kini boleh memeriksa keputusan peperiksaan akhir Oktober 2010 anda melalui e-mail yang dihantar oleh pihak UiTM. Sila semak e-mail anda (e-mail yang didaftarkan di student portal).

Tahniah kepada pihak UiTM kerana berjaya memanfaatkan penggunaan e-mail bagi mengatasi masalah server down yang sering berlaku di student portal setiap kali keputusan peperiksaan disiarkan.

MASSA mengucapkan tahniah kepada semua yang mendapat keputusan cemerlang terutama yang mendapat Anugerah Dekan dan kepada yang kurang berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi, cuba lagi di semester akan datang untuk menaikkan semula CGPA anda. (Anda boleh juga menyemak semula kertas jawapan anda jika tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperoleh.)

Baca Selengkapnya - Periksa Keputusan Anda Melalui E-mail

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular