About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

15 April 2009

PERHATIAN: Tawaran Untuk Menjadi Pembantu Minggu Mesra Siswa (PMMS)

www.tips-fb.com


Universiti Teknologi MARA (UiTM) Malaysia akan menerima pelajar baru pada tarikh-tarikh seperti berikut:

  1. 23 Mei 2009 - Pendaftaran pelajar baru ASASI (Sains, Kejuruteraan, TESL dan Undang-undang)
  2. 27-28 Jun 2009 - Pendaftaran pelajar baru lulusan SPM/STPM/Matrikulasi/CAT
Sehubungan dengan itu Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni ingin mempelawa pelajar yang berminat untuk menjadi PMMS supaya mengisi Borang PMMS. Borang ini boleh diperolehi di Pejabat Am Fakulti, Pejabat Am Kolej Kediaman, Bilik Gerakan MPP (Kolej Kenanga) dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni), Aras 4, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin.

Borang PMMS yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan sebelum/pada 30 April 2009 ke Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni), Aras 4, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Malaysia.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular