About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

14 April 2009

Sesi Khas Bersama Prof. Dato' Dr. Nasuddin

www.tips-fb.com



Kursus Kepimpinan & Pengurusan Organisasi UiTM Malaysia 2009

Slot : Perasmian dan Sesi Khas Bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Yang Berbahagia Prof Dato' Dr. Nasuddin Othman
Tarikh : 11 April 2009 (Sabtu)
Masa : 11.30pagi
Tempat : Dewan Kolej Rafflesia, UiTM Puncak Alam

Ketika sesi soal jawab, wakil daripada MASSA telah bangun untuk menanyakan beberapa soalan kepada Dato' TNC. Berikut adalah serba sedikit rumusan soalan daripada wakil MASSA dan jawapan yang diperoleh daripada Dato' TNC.

Suhaila Kamal, Presiden MASSA.
antara soalan yang ditanya adalah berkaitan program pengantarabangsaan dan wang pendahuluan hanya RM5000 yang boleh diambil oleh Penasihat Persatuan setiap kali mahu menganjurkan program.

Dato' TNC menjelaskan pihak Bendahari telah menetapkan setiap Penasihat Persatuan atau program hanya boleh mengambil wang sejumlah RM5000 untuk kegunaan menjalankan program, dan bagi projek yang nilai bajetnya melebihi RM5000, jawatankuasa program haruslah mencari seorang lagi penjamin di kalangan Kakitangan UiTM kelas A (contohnya pensyarah). Berkaitan isu pengantarabangsaan pula, kertas kerja haruslah disiapkan lebih awal sekurang-kurangnya 6bulan sebelum tarikh program dan harus dihantar ke pejabat fakulti dan juga Bahagian HEP.

Tashreeq Abdul Rashid
antara isu yang disentuh adalah berkaitan sikap tidak mesra pelajar di kalangan Kakitangan UiTM.

Dato' TNC menegaskan pelajar harus menggunakan medium yang ada sebaiknya (seperti Timbalan Dekan fakulti) untuk membuat aduan sekiranya berlaku salahlaku atau berlaku kes Kakitangan UiTM yang bersikap kasar ketika bertugas.


* antara isu lain yang hangat diperkatakan ketika sesi ini adalah berkaitan Tabung Amanah Pelajar dan sistem 'Park and Ride' yang akan mula berkuatkuasa semester hadapan. melalui sistem ini semua kereta pelajar akan ditempatkan di kawasan parkir tertentu (seperti padang kawad) dan sistem bas berjadual akan digunapakai untuk ke fakulti.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular