About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

13 April 2009

Kursus Kepimpinan & Pengurusan Organisasi UiTM Malaysia 2009

www.tips-fb.com


Tarikh : 10, 11 dan 12 April 2009
Tempat : Kolej Rafflesia, UiTM Puncak Alam

MASSA telah dijemput untuk menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi pada tarikh dan tempat di atas yang dianjurkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Malaysia dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2009/2010. Empat ahli jawatankuasa MASSA telah menyertai kursus tersebut iaitu Presiden, Suhaila Kamal; Timbalan Presiden, Meor Mohd Iszwan Abdul Wahab; Setiausaha, Nurul Asyikin Tajudin dan Biro Media dan Publisiti, Tashreeq Abdul Rashid.

Kursus ini disertai lebih dari 200 pelajar yang mewakili Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) dan Persatuan-persatuan Dalaman yang terdapat di UiTM Malaysia. Ini merupakan kursus pertama yang diadakan di kampus cawangan baru UiTM di Puncak Alam dan kami antara yang bertuah 'merasmikannya'.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang tiga hari tersebut adalah bacaan Yassin bagi merahmati kumpulan pelajar pertama yang akan bermalam di Kolej Rafflesia, simulasi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikelola oleh MPP dan pelbagai slot pengisian seperti berikut;
  1. Evolusi Tanah Melayu oleh En. Adnan Omar, Pengetua Kolej Perindu/Kenanga
  2. Sikap oleh Tuan Hj. Shamsuddin, Ketua Unit Latihan
  3. Perasmian & Sesi Khas Bersama Timbalan Naib Canselor HEP, Y. Bhg. Prof Dato' Dr. Nasuddin Othman
  4. Akta 174, Perkara 153 dan Kontrak Sosial oleh En. Armyn Fahmy, Penolong Pendaftar Kanan HEP
  5. Forum Wawasan Kepimpinan Mahasiswa
  6. Pengurusan Organisasi oleh Pn. Azida Azmi, Ketua Timbalan Pendaftar HEP
  7. Koperasi Pelajar dan Aktiviti Perniagaan Kampus oleh Pn. Aishah Hj. Kasa, Pegawai MeCD
  8. Penyampaian Sijil dan Penutup oleh Prof. Madya Dr. Rosmin Talib, Pengarah Pembangunan Pelajar
Sedikit fakta untuk dikongsi; ketika Perasmian, semua Dekan dan Penasihat Persatuan adalah dijemput hadir dan daripada Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media yang kelihatan hadir adalah Ketua Program Penerbitan, Pn Shahnil Asmar Saaid yang juga merupakan Penasihat Kelab Penerbitan (salah satu kelab yang bernaung di bawah FKPM) dan ketika Forum Wawasan Kepimpinan Mahasiswa, dua pelajar fakulti kita memainkan peranan secara langsung dalam forum tersebut iaitu MPP FKPM, Saudara Saiyed Ismail Saiyed Hussin yang bertindak sebagai moderator dan Saudari Raifa (MC225/02) yang hadir ke kursus mewakili Jawatankuasa Persatuan Non Resident (JPNR) diundang sebagai salah seorang ahli panel. Tahniah buat mereka!

Perasmian kursus oleh Prof. Dato' Dr. Nasuddin Othman

Forum Wawasan Kepimpinan Mahasiswa

Sesi khas bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

Merapatkan ukhwah antara JPK, SMF, Persatuan Pelajar dan MPP UiTM Malaysia

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular