About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

25 July 2009

Jemputan Ke Perpustakaan Negara Malaysia

www.tips-fb.com



Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media telah menerima jemputan daripada Perpustakaan Negara Malaysia untuk menghadiri Majlis Pelancaran Pangkalan Data Penerbit dan Sesi Taklimat Promosi Akta 331, Perkhidmatan ISBN, ISSN dan PDP yang dilangsungkan pada Jumaat, 24 Julai 2009 di Auditorium PNM. Bagi memenuhi jemputan tersebut, seramai 27 orang pelajar Penerbitan (MC225) diiringi pensyarah, En Zulkifli Abd. Latif telah hadir.

Majlis yang turut dihadiri wakil-wakil daripada pelbagai syarikat penerbitan di Malaysia ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah PNM, Encik Raslin Bin Abu Bakar. Majlis ini terutama pada sesi taklimat memberikan banyak maklumat bermanafaat kepada para pelajar tentang Akta 331, ISBN, ISSN dan PDP yang kesemua ini adalah penting dalam industri penerbitan bahan cetak. Semoga ilmu yang diperoleh digunakan sebaiknya oleh para pelajar Penerbitan ini untuk kegunaan di dewan kuliah, semasa latihan praktikal dan juga selepas memasuki industi penerbitan kelak.

** ada sumber mengatakan nama program untuk MC225 akan ditukar kepada Publishing and Media Design mulai semester hadapan.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular