About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

24 July 2009

Cuti Pertengahan Semester Diawalkan

www.tips-fb.com


Klik pada imej untuk gambaran lebih jelas.

BERIKUT ADALAH ISI KANDUNGAN PEKELILING YANG DIKELUARKAN OLEH NAIB CANSELOR UiTM (24 JULAI 2009)

Harap maklum bahawa pihak pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengambil keputusan untuk meminda tarikh cuti pertengahan semester bagi sesi Julai-Nov 2009. Ini adalah satu langkah proaktif yang diambil bagi mengawal penularan wabak lnfluenza A (H1N1).

Justeru dimohon semua pihak agar mengambil perhatian atas perkara-perkara berikut :
  1. Cuti pertengahan semester Sesi Julai-November 2009 secara rasmi dipinda ke tarikh baru, iaitu bermula pada 27 Julai dan berakhir 2 Ogos 2009 (26 Julai hingga l Ogos bagi UiTM Kelantan, Terengganu dan Kedah). Tarikh baru ini adalah berkuatkuasa bagi seluruh sistem UiTM kecuali UiTM Cawangan Melaka Kampus Lendu sahaja.
  2. UiTM Cawangan Melaka Kampus Lendu adalah dikira telah mengambil cuti pertengahan semester semasa penutupan sementara kampus iaitu bermula dari 16 hingga 26 Julai 2009. Kuliah akan bermula pada 27 Julai 2009.
  3. Cuti pertengahan semester bagi UiTM Cawangan Pulau Pinang, UiTM Cawangan Perak dan UiTM Cawangan Terengganu adalah dikira berkuatkuasa secara rasmi mulai tarikh diarah tutup hingga 2 Ogos 2009 (1 Ogos bagi UiTM Cawangan Terengganu).
  4. Cuti pertengahan semester ini adalah untuk pelajar sahaja. Jika terdapat staf UiTM yang ingin bercuti mereka dikehendaki mengikut prosedur biasa. Jika mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan H1N1 mereka dikehendaki mendapat rawatan di klinik/hospital berdekatan mengikut peraturan perkhidmatan perubatan yang berkuatkuasa.
  5. Pihak UiTM berpendirian tidak memaksa semua pelajar pulang ke rumah masing-masing. Jika terdapat pelajar yang terpaksa tinggal di dalam kampus, pihak UiTM akan menyediakan kemudahan seperti biasa.
  6. Jika selepas tamat tempoh cuti pertengahan semester, terdapat pelajar yang mempunyai tanda-tanda penyakit H1N1 mereka dinasihatkan mendapatkan rawatan di hospital atau klinik kerajaan berdekatan dengan rumah masing-masing. Mereka perlu mendapatkan surat pengesahan sihat daripada klinik berkenaan untuk dibenarkan menyambung semula kuliah bagi semester ini.
  7. Jika masih terdapat pelajar yang mempunyai tanda-tanda penyaki H1N1, pihak kampus cawangan dinasihatkan untuk mengambil tindakan yang difikirkan perlu seperti 'self-quarantine' dan penjagaan kebersihan diri.
  8. Sebagai langkah berjaga-jaga dan menghadapi sebarang kemungkinan, Unit Kesihatan di semua kampus cawangan diminta untuk beroperasi setiap hari termasuk pada hujung minggu (jika ada pelajar yang tinggal di dalam kampus) sehingga keadaan bertambah baik mengikut penilaian pihak kampus masing-masing.
  9. Semua Pengarah Kampus dan Dekan Fakulti diminta untuk memantau perkembangan dari semasa ke semasa.

2 komen:

Yusop Samsudin said...

Harap pihak UITM dapat meneruskan cuti pertengahan semester yang jatuh pada hari raya adilfitri untuk membolehkan sebilangan besar pelajar balik kampung dan merayakan raya bersama keluarga, ini juga adalah kerana ada ibubapa yang telah menempah tambang kapal terbang sejak awal lagi bagi mendapatkan harga murah pada cuti raya 2009 terutama bagi mereka yang berasal dari sabah dan serawak. Dan mencadangkan agar cuti julai ini digantikan pada cuti akhir semester yang berlanjung selama 6 minggu. Harap Dapat pihak MASSA dapat mengajukan hasrat ini kepada pihak UITM untuk pertimbangan yang sewajarnya. Terima kasih.

Meor Iszwan said...

Saya dan saudari Suhaila telah berbincang, setiap keluhan, aduan dan cadangan yang di bawa oleh para pelajar akan kami bincangkan di pihak MASSA dan seterusnya kami akan bekerjasama dengan pihak Majlis Perwakilan Pelajar untuk membawa perkara tersebut ke pengetahuan pengurusan tertinggi UiTM.

Terima kasih atas setiap cadangan dan pandangan yang diberikan.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular