About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

30 July 2009

Kadar Baru Tambang Bas rapidKL

www.tips-fb.com



Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (rapidKL) hari ini telah mengumumkan tambang baru bagi perkhidmatan bas mengikut zon yang akan berkuatkuasa mulai 1 September 2009. Tambang baru ini akan menggantikan tambang pas harian yang dilaksanakan rapidKL ketika ini.

Berikut adalah kadar baru tambang Bas rapidKL :

Bas Tempatan
Sekarang : RM1.00 (pas harian)
Baru : RM1.00 (sehala)

Bas Bandar
Sekarang : RM2.00 (pas harian)
Baru : RM1.00 (sehala)

Bas Utama
Sekarang : RM2.00 (pas harian)
Baru : bayaran mengikut zon
  • perjalanan satu zon - RM1.00 (sehala)
  • merentasi dua zon - RM1.90 (sehala)
  • merentasi tiga zon - RM2.50 (sehala)
  • merentasi empat zon - RM3.00 (sehala)
Bas Ekspres
Sekarang : RM3.00 (sehala) dan RM5.00 (pas harian)
Baru : RM3.80 (sehala)

rapidKL juga akan menawarkan kadar diskaun 50% melalui tiket konsesi bagi pelajar sekolah berpakaian seragam, warga emas dan golongan orang kurang upaya bagi semua perkhidmatan bas Tempatan, Utama, Bandar dan Ekspres. Bagi mengurangkan bebanan, rapidKL menggalakkan pengguna yang menjadikan bas mereka sebagai kemudahan pengangkutan harian agar mendapatkan pas bulanan yang dikeluarkan mereka.

Berikut adalah kadar harga pas bulanan rapidKL :
(Pas Bulanan hanya akan mula dijual mulai 20 Ogos 2009)
  • Pas Bulanan perkhidmatan bas Tempatan - RM40 (baru)
  • Pas Bulanan untuk semua laluan bas Tempatan, Bandar dan Utama - RM100
  • Pas Bulanan Integrasi untuk semua laluan bas Tempatan, Bandar dan Utama serta perkhidmatan LRT aliran Kelana Jaya dan Ampang - RM150
  • Pas Bulanan Konsesi untuk semua laluan bas Tempatan, Utama dan Bandar (hanya untuk kegunaan pelajar sekolah berpakaian seragam, warga emas berumur 60tahun ke atas dan golongan orang kurang upaya (OKU) - RM50 (baru)

Sumber diambil dari laman web rapidKL

PELAJAR UiTM YANG MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN BAS rapidKL UNTUK KE FAKULTI DAN PUSAT BANDAR ADALAH DIGALAKKAN UNTUK MEMBELI PAS BULANAN APABILA MULA DIJUAL KELAK.


5 komen:

Pikato ezorA said...

motif naik harga?
sehari dh beribu student naik bas.
ini boleh mendatangkan marah. (-.-")

MASSA said...

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif rapidKL, Suffian Baharuddin, tambang baru ni sejajar dengan keputusan kerajaan menaikkan kadar tambang bas dan teksi seperti mana yang diumumkan baru-baru ini. - sumber Utusan Online

Pikato ezorA said...

n kita sebagai pelajar yang mempunyai sumber kewangan terhad (pinjaman) xle nak wt ape n terpaksa mengikut kehendak kerajaan? (-.-")

acip said...

over la rapid...

gossiprepublique.co.cc said...

haiz.......

nape la driver aku ni nak mintak gaji naik.. tak cukup kot RM 24 sebulan aku bagi..

tapi da la selalu hntar n ambek aku lambt p kelas...

pecat je la driver aku tu..
hahaha

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular