About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

12 August 2009

Timbalan Presiden MASSA Dalam Kosmo!

www.tips-fb.com


Blog menarik dan pantas

Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my

Ingin mendengar lagu daripada stesen radio, belajar terjemahan al-Quran dan bahasa Inggeris atau membaca akhbar di hadapan komputer anda? Layari blog milik siswazah muda, Meor Mohd. Iszwan Abdul Wahab.

TREND remaja untuk meluahkan pendapat mengenai pelbagai isu semasa melalui blog semakin mendapat sambutan. Ramai yang memilih ruang tersebut untuk memperkatakan apa sahaja isu yang dirasakan sesuai dibincangkan.

Bagi pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Meor Mohd. Iszwan Abdul Wahab, 22, dia memilih untuk mempunyai blog sendiri yang merangkumi pelbagai aspek menarik, antaranya isu luar negara, universiti, motivasi, sukan dan muzik.

Anak kelahiran Johor Bahru ini, memperuntukkan kira-kira tiga jam sehari untuk melayari dan mengemaskini blog peribadinya di alamat http://meoriszwan.blogspot.com/.

Selain itu, dia juga akan meluangkan waktu untuk berbual bicara bersama rakan-rakan yang sentiasa memberi pendapat yang berguna bagi memperbaiki kelemahan blog tersebut.

Tafsir al-Quran

Bercerita mengenai tarikan blognya yang memaparkan perkataan ideologi sebagai pembuka halaman, Meor merasakan orang ramai akan tertarik untuk mendapatkan perkhidmatan tafsir al-Quran.

"Perkhidmatan seperti ini jarang diketahui ramai. Penggunaannya tidaklah rumit. Anda cuma perlu memasukkan apa sahaja perkataan, misalnya perkataan anak.

"Blog ini akan mengeluarkan paparan yang mempunyai perkataan tersebut menerusi pelbagai juzuk yang berkaitan," ulasnya.

Hatinya terdetik untuk meletakkan kotak kecil tafsir al-Quran memandangkan kebanyakan pelajar akan menggunakannya sebagai bahan ketika menyiapkan tugasan.

Secara tidak langsung, para pelajar tidak perlu menyusahkan diri mereka untuk membelek setiap helaian buku tafsiran kerana ia mungkin akan melambatkan proses menyiapkan tugasan masing-masing.

"Tafsiran tersebut didatangkan dalam versi pelbagai bahasa. Anda boleh memilihnya sendiri sama ada ingin bahasa Melayu, Inggeris, Jerman atau Arab.

"Dalam masa beberapa saat sahaja, anda akan dapat jawapannya," katanya.

Penuh dengan maklumat yang pantas dan mudah

Selain itu, blog tersebut juga menampilkan paparan pembelajaran perkataan bahasa Inggeris. Setiap hari akan tertera perkataan baru beserta dengan maknanya.

Dari sini, anda boleh menambah pengetahuan dan kewajaran penggunaan perkataan tersebut di dalam setiap ayat.

"Inilah konsep yang saya suka terapkan di dalam blog saya. Ia bukan hanya menceritakan perihal peribadi semata-mata tetapi turut memuatkan ilmu pengetahuan," jelasnya lagi yang memulakan blog tersebut sejak setahun lalu.

Pautan informatif

Bersesuaian dengan jurusan yang diambilnya iaitu komunikasi massa, Meor turut menyediakan ruangan akhbar kepada para peminatnya. Terdapat sebanyak 37 bahan bacaan akhbar tempatan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan berita-berita terkini.

Antaranya bahan daripada akhbar Kosmo!, Berita Harian, Utusan Melayu, Harian Metro, mStar dan The Star. Bagi akhbar antarabangsa pula, Straits Times (Singapura), Nation Bangkok, Manila Times dan Jakarta Post turut dipaparkan di dalam blog Meor.

Turut mengisi ruangan itu adalah berita perniagaan seperti Asia Times, Asia News Network, Business Day dan Business Times.

Mempunyai jumlah pengunjung sebanyak 7,577 orang, Meor tidak ketinggalan mengulas setiap bahan yang menarik perhatiannya. Ulasan tersebut terbit daripada pandangannya sendiri terhadap sesuatu isu.

"Ia berdasarkan isu hangat semasa seperti baru-baru ini kematian bintang terkenal antarabangsa Micheal Jackson. Jadi, saya mengambil peluang ini untuk menceritakan kembali zaman kegemilangan bintang tersebut.

"Blog ini tidak hanya membincangkan hal berkaitan artis semata-mata tetapi ia juga menyentuh mengenai hal politik semasa. Bagi setiap ulasan tersebut, saya akan membuka peluang kepada para pelayar blog ini untuk meluahkan pendapat mereka," ujarnya lagi.

Blog ini menyediakan pautan media tempatan dan peluang melayari akhbar antarabangsa

Di samping membincangkan hal serius, turut diselitkan di dalam blog ini adalah ruangan hiburan, selain turut memuatkan kira-kira 40 stesen radio tanah air.

Sambil mengakses blog tersebut, anda disediakan stesen radio bagi setiap negeri seperti Perlis FM, Sarawak FM, Mutiara FM, Perak FM, Johor FM dan Selangor FM.

"Tidak perlu susah payah untuk mencari frekuensi stesen tersebut di radio kerana melalui blog ini, segala-galanya sudah tersedia. Yang anda perlu lakukan hanya klik sahaja," jelasnya.


Sumber diambil daripada Kosmo! (Infiniti) 12 Ogos 2009

1 komen:

tashreeq said...

banyak chantek muka ko la masuk surat khabar.... sweeettttt sssaannnggaaatttt.... wakakakaka.... abg PM masuk paper....

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular