About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

15 September 2009

Publishing Talk 2009

www.tips-fb.com










































































Gambar koleksi daripada pihak penganjur:
Pelajar Semester 5 MC225 (Penerbitan)



Pada 9 September 2009 (Rabu) yang lalu telah selamat diadakan Publishing Talk dengan tajuk 'Book Writing and Reading in the New Media Age' di Auditorium Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM Shah Alam. Publishing Talk yang merupakan program wajib setiap semester ini dianjurkan oleh para pelajar Semester Lima MC225 untuk memenuhi tugasan salah satu subjek mereka iaitu PUB652, Print and Society dengan kerjasama Kelab Penerbitan FKPM.

Seramai 162 orang pelajar daripada MC225 dan MC226 menyertai program ini. Selain itu, beberapa orang wakil daripada Malaysia Board on Books for Young People (MBBY) juga sudi meluangkan masa untuk hadir. Program dimulakan pada jam 5.15 petang dengan ucapan dan perasmian oleh Dekan FKPM, Prof. Madya Dr. Mohd Adnan Hashim diikuti tayangan multimedia khas yang menceritakan serba sedikit sejarah Program Penerbitan di FKPM dan apa itu MBBY.

Program diteruskan dengan acara utama Publishing Talk yang juga merupakan international forum kerana melibatkan ahli panel daripada luar negara. Forum dikendalikan oleh moderator Prof. Dr. Mokhtar Muhammad, salah seorang pensyarah di FKPM dengan barisan ahli panel adalah Reina Duarte daripada Sepanyol yang merupakan Timbalan Presiden International Board on Books for Young People (IBBY) dan juga James Tumusiime daripada Uganda yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah untuk IBBY.

Kedua-dua ahli panel berkesudian untuk berkongsi cerita mengenai industri penerbitan di negara masing-masing diselangi dengan menjawab soalan-soalan daripada para pelajar. Selepas tamat forum, Dekan FKPM menyampaikan cenderahati kepada ahli panel, moderator dan juga wakil MBBY diikuti dengan sesi fotografi. Program berakhir dengan jamuan untuk para VIP dan jamuan berbuka puasa kepada para pelajar.

Laporan disediakan oleh:
Meor Iszwan
Pengarah Publishing Talk 2009

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular