About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

24 October 2009

Intipati Bajet 2010 Berkaitan Golongan Pelajar, IPTA dan UiTM

www.tips-fb.com



Bajet 2010 telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada hari Jumaat, 23 Oktober 2009 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan. Berikut antara intipati kandungan bajet 1Malaysia, Kemakmuran Bersama yang menyentuh tentang golongan pelajar, IPTA dan juga UiTM :


Menjaga kebajikan pelajar


Sebagai galakan, Kerajaan berhasrat memberi ganjaran kepada pelajar cemerlang dalam pendidikan. Untuk ini, Kerajaan akan :
  • menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik atau creme de la creme berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia;
  • menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010

Kerajaan prihatin terhadap kebajikan golongan pelajar terutamanya mereka yang datang daripada kalangan keluarga berpendapatan rendah.

  • untuk itu kita akan memberi diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar. Kad diskaun pelajar 1Malaysia percuma boleh diperoleh dari KTMB. Diskaun tambang ini bermula 1 Januari 2010; dan
  • menawarkan pakej netbook, termasuk perkhidmatan broadband percuma, kepada pelajar universiti dengan bayaran 50 ringgit sebulan untuk tempoh dua tahun. Pakej ini adalah jauh lebih murah daripada harga semasa di pasaran dengan prioroti diberikan kepada pelajar tahun pertama dan dari keluarga berpendapatan rendah. Sebagai permulaan, pakej ini akan ditawar oleh Telekom Malaysia kepada 100 ribu pelajar di semua universiti tempatan bermula 1 Januari 2010.

Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi Awam


Dalam usaha Kerajaan memperkasakan IPTA supaya lebih berdaya saing dan dapat meningkatkan ranking mereka berbanding universiti lain di dunia;
  • maka Kerajaan akan menimbangkan untuk memberi lebih autonomi dalam pengurusan kewangan, sumber manusia, pentadbiran, kemasukan pelajar dan penjanaan pendapatan. Dengan autonomi yang bertambah ini, IPTA, misalnya akan dibenarkan untuk menjana hasil pendapatan melalui penubuhan anak syarikat.
  • bagi mencapai objektif ini, Kerajaan sedia mempertimbangkan kelonggaran peraturan dan syarat yang menyekat IPTA menjana pendapatannya sendiri. Langkah ini akan mengurangkan kebergantungan kewangan IPTA kepada Kerajaan. Walau bagaimanapun, Kerajaan akan memastikan bahawa usaha menjana pendapatan sendiri tidak akan menjejaskan fungsi teras IPTA sebagai gedung ilmu untuk melahirkan modal insan yang berkualiti demi pembangunan ekonomi negara.

Meningkatkan Inisiatif Projek Perkongsian Awam-Swasta (PPP)


Kerjasama awam-swasta akan dipergiatkan dalam usaha untuk menjadikan sektor swasta sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi negara. Pelaksanaan projek berimpak tinggi oleh sektor swasta akan dijalankan secara kerjasama dengan Kerajaan. Dalam kerjasama ini, peranan Kerajaan adalah untuk membantu menyediakan prasarana asas agar projek-projek swasta ini berdaya maju.
  • Antara projek yang akan dilaksanakan pada tahun 2010 adalah Pembangunan Kompleks Bersepadu Imigresen, Kastam dan Kuarantin di Bukit Kayu Hitam, pembinaan 6 buah kampus UiTM dan pembangunan Pusat MATRADE.


KLIK SINI untuk membaca ucapan penuh Bajet 2010

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular