About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

27 January 2010

Calon FKPM - Mohd Shahrul Azam Bin Jamaludin

www.tips-fb.com

KeAZAMan Ditingkatkan Harapan Direalisasikan


KeAZAMAN Ditingkatkan Harapan Direalisasikan..
Bukan Satu Bicara Kosong

Assalamualaikum wbt dan salam Satu Malaysia saya ucapkan kepada semua pengunjung blog MASSA serta warga siber yang sudi meluangkan waktu anda untuk membaca sedikit coretan saya,insan yang diberi nama Mohd Shahrul Azam Bin Jamaludin. Tujuan saya menulis ini bukan lah untuk menimbulkan provokasi mahupun menagih undi, tetapi hanya sekadar ingin berkongsi cerita dan “AZAM” saya kepada anda semua khususnya warga Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) UiTM.

Alhamdulillah saya berasa sangat berbesar hati apabila telah terpilih sebagai salah seorang calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2010/2011 dan seterusnya diberikan peluang untuk berkongsi cerita kepada anda semua di blog MASSA yang cukup menarik ini. Mungkin ada yang berpendapat siapalah saya untuk berbicara soal cerita yakni pengalaman kerana di luar sana lebih ramai yg lebih berpotensi lagi berkaliber.


Saya yang dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan mendapat pendidikan awal juga di sana sehinggalah tamat pengajian terakhir Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) semasa di Tingkatan 6 di SMK Tunku Ampuan Durah, Seremban. Sebagai mahasiswa sepenuh masa, semester 2 Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) (Penyiaran), FKPM UiTM saya bukanlah seperti calon-calon yang lain yang mampu melontarkan manifesto-manifesto yang gah serta hebat untuk fakulti, tetapi saya dengan berbekalkan motto “KeAZAMan Ditingkatkan Harapan Direalisasikan”, saya yakin saya hanya mampu menjanjikan yang terbaik untuk anda semua dalam membentuk satu komuniti “Mass Communication” yang efektif, produktif, berintegriti serta bersatu di bawah satu bumbung bagi menjana aspirasi fakulti dan universiti.

Ya,mungkin jawapan yang kedengaran agak cliché, tetapi apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah saya membawa mesej bahawa harapan menggunung anda semua terhadap saya untuk kemajuan fakulti serta UiTM adalah tanggungjawab besar yang harus saya pikul agar manfaat nya dapat kita kongsikan bersama. Selaras dengan itu, harapan yang dipukul akan sekaligus meningkatkan keAZAMan seseorang yakni kepada diri saya sendiri terus terdorong untuk berusaha melakukan yang terbaik untuk anda semua, Insyaallah.

Akhir kata dari saya janganlah anda menilai seseorang itu secara terus tanpa memahami serta mengenali seseorang itu dengan lebih mendalam. Nasihat saya marilah bersama sama kita meriahkan Pilihanraya Kampus UiTM pada tahun ini dengan menunjukkan sokongan anda pada calon calon yang bertanding dengan membuang undi pada 28hb Januari 2010 (Khamis) ini.

Sekian, Terima Kasih.. Wassalam..

MOHD SHAHRUL AZAM BIN JAMALUDIN

EKSKLUSIF - Artikel di atas ditulis sendiri oleh Calon MPP Fakulti Komunikasi & Pengajian Media yang bertanding! Hanya untuk Blog MASSA!

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular