About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

27 January 2010

Calon FKPM - Tashreeq Abdul Rashid

www.tips-fb.com

'Evolusi Masscomm ; Revolusi Saya'

klik pada imej di atas untuk bacaan lebih jelas

Ke hadapan semua pelajar masscomm,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada MASSA kerana sudi memberi peluang untuk kami berkempen di ruang maya, bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana memberi peluang kepada saya untuk bertanding di piliharaya kampus kali ini.

Apa yang boleh saya perkatakan di sini adalah idealisme yang ingin saya bawakan, revolusi yang ingin saya utarakan kepada anda semua. Saya mempunyai visi di mana saya mahukan FKPM menjadi satu fakulti yang mesra pelajar disamping menjadi tempat pembelajaran yang selesa, memudahkan pelajar bergerak, hak kita sebagai pelajar akan saya perjuangkan.

Saya sangat suka menyatakan disini, jika saya diberi peluang untuk berjasa kepada anda semua, saya tidak akan sia-siakan kepercayaan anda. Kata-kata akhir daripada saya kepada anda, "Setiap manusia di dalam dunia tidak akan lari dari membuat kesilapan, tetapi apa yang akan membuat kita luarbiasa ialah apabila kita belajar dari kesilapan yang kita lakukan".

Mungkin ada yang kurang berkeyakinan kepada saya tapi percayalah yang saya akan buat yang terbaik untuk anda semua, terpulanglah kepada anda untuk menilai baik buruk seseorang itu kerana pada saya setiap yang berlaku itu ada Hikmahnya dari ALLAH S.W.T. Wassalam.

"UNDILAH DENGAN BIJAK"

Yang benar,
TASHREEQ ABDUL RASHID
Calon MPP 2010/2011
MC227 - Komunikasi Antarapersonal
" Evolusi Masscomm ; Revolusi Saya"


EKSKLUSIF - Artikel di atas ditulis sendiri oleh Calon MPP Fakulti Komunikasi & Pengajian Media yang bertanding! Hanya untuk Blog MASSA!

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular