About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

07 February 2010

Tawaran SKP Konvokesyen

www.tips-fb.com

Dimaklumkan tawaran Skim Khidmat Pelajar (SKP) Istiadat Konvokesyen UiTM Kali Ke-72 akan dibuka kepada para pelajar sekalian untuk diberi peluang menambahkan duit poket selain mengisi masa terluang ketika cuti semester dan menambahkan pengalaman berkhidmat untuk UiTM.

Istiadat konvokesyen kali ini dijangka akan diadakan pada 20 Mei 2010 sehingga 1 Jun 2010 manakala tarikh mula bertugas untuk pelajar SKP yang terpilih akan dimaklumkan kemudian semasa sesi temuduga diadakan.

Borang SKP boleh didapatkan di:
Bahagian Pengurusan Rekod Pelajar dan Konvokesyen
Tingkat 3, Menara SAAS,
UiTM Shah Alam

Hubungi 03-55443130 untuk pertanyaan dan makluman lanjut.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular