About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

10 February 2010

Jom Turut Serta Pada Majlis Perasmian UiTM Puncak Alam

www.tips-fb.com

Kepada para pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), UiTM Shah Alam yang berminat untuk mengikuti rombongan ke UiTM Puncak Alam untuk turut serta dalam Majlis Perasmian Kampus UiTM Puncak Alam Fasa 1 oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak diminta menghubungi pihak MASSA dengan kadar segera (hari ini juga).

Majlis tersebut akan berlangsung pada Jumaat ini, 12 Februari 2010. Pelajar yang berminat sila berikan nama, no pelajar dan program anda ke alamat e-mail mhmi1986@gmail.com atau melalui Facebook Presiden MASSA.

Para pelajar diwajibkan memakai baju berwarna merah dan seluar berwarna hitam. Surat pengecualian kuliah akan diusahakan dengan kerjasama pihak pentadbiran FKPM.

Para pelajar FKPM daripada UiTM Melaka juga akan turut serta dalam majlis tersebut. Baju berwarna merah akan menjadi simbol para pelajar FKPM pada majlis berkenaaan.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular