About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

11 February 2010

UiTM Cipta Sejarah Melalui 'Smart Order'

www.tips-fb.com


UiTM Cipta Sejarah Pesanan Makanan Dari Rumah

MACHANG: Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Machang telah mencipta satu sistem tempahan makanan dari rumah menerusi internet dikenali "Smart Order" yang dapat membantu dalam pemasaran produk industri kecil dan sederhana.

Ketua Pembangunan "Smart Order" itu, Mohd Idzwan Salleh, berkata menerusi sistem itu pengguna boleh membuat tempahan dari rumah bagi makanan dari restoran yang digemari serta boleh merangka perbelanjaan secara berhemah.

"Mereka boleh memilih menu dan menyemak harga bagi makanan yang disediakan itu," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pengusaha akan memenuhi pesanan itu dengan menghantarnya ke rumah mengikut alamat yang dinyatakan dalam pesanan Smart Order.


Mohd Idzwan berkata sistem itu dicipta selama enam bulan sejak tahun lepas oleh empat pensyarah yang pakar dalam bidang ICT bagi membantu pengusaha meluaskan lagi rangkaian perniagaan di samping memberi keselesaan kepada pelanggan.

Beliau berkata sistem itu dihasilkan dengan kos sebanyak RM10,000 termasuk membeli peralatan yang diperlukan bagi tujuan penyelidikan.

Katanya sistem itu sesuai digunakan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Baharu dan Ipoh.

Mohd Idzwan pengusaha EDDLEE Fried Chicken di Kota Baharu merupakan pengusaha restoran pertama yang menggunakan sistem itu.

Sumber : mStar


Tahniah kepada mereka yang berjaya mengharumkan nama UiTM!

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular