About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

21 May 2010

Tun Abdullah Terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pembangunan Modal Insan

www.tips-fb.com


Abdullah Malu Jika Melayu Mahu Terus Bersaing Guna Tongkat

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau merasa malu jika orang Melayu mengadu tidak mampu untuk berlari dan bersaing jika tidak bertongkat kerana sebenarnya "penggunaan tongkat" akan menjadi halangan untuk mencapai kepantasan dan kejayaan.

"Ini mengecewakan dan saya lebih kecewa sekiranya Bumiputera yang berkemampuan, yang ada 'know how' (kepakaran) diketepikan atau ditinggalkan kerana yang ada 'know who' (kenal orang tertentu) dijadikan pilihan," katanya dalam ucapan balasnya selepas dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pembangunan Modal Insan oleh Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Ijazah kehormat itu disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang juga Canselor UiTM pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-72 di Dewan Sri Budiman di sini hari Khamis. Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut berangkat ke majlis itu.

Abdullah berkata jika Bumiputera terus dengan mentaliti mengharap dan bergantung kepada bantuan, mereka akan sentiasa lemah.

"Allah S.W.T. tidak menjadikan orang Melayu itu lemah.

Kelemahan kita bukan semula jadi - ketiadaan peluang yang bermutu untuk berjaya dalam pelajaran, itulah yang melemahkan kita," katanya.


Beliau berkata peluang pendidikan yang bermutu sekarang ini ditabur dan diagih dengan saksama ke merata sekolah dalam negara ini dan ramai Bumiputera sekarang tidak lagi lemah.

"Kebangkitan orang Melayu dan Bumiputera akan dikuatkan dengan pembangunan modal insan yang bermutu...tidak ada pilihan lain untuk menjadikan orang Melayu dan Bumiputera berjaya dan dihormati.

Sebenarnya tanpa kekuatan modal insan dan kekuatan moral, tidak ada sebarang reform atau perubahan yang dapat dijayakan," katanya.

Abdullah berkata jika terdapat rakyat Malaysia yang secukupnya dirangsangkan dengan semangat kegemilangan, masyarakat di negara ini akan menjadi masyarakat yang bermoral dan beretika yang mampu mengurangkan gejala jenayah dan rasuah.

"Jika terdapat rakyat Malaysia yang secukupnya dimotivasikan untuk menjadi yang terbilang, maka berkuranglah ketidaksaksamaan, sebaliknya bertambahlah kemesraan dan rasa hormat sesama kita dan Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju dan bersatu padu," katanya.

Abdullah juga berkata UiTM adalah gedung menerbitkan modal insan Bumiputera yang cukup ramai dan mereka adalah lulusan Bumiputera yang hari ini telah nampak berjaya dalam bidang pengurusan dan profesional negara.

Kemunculan graduan UiTM ini bersama dengan golongan profesional dan pengurusan Bumiputera daripada universiti lain sama ada dari dalam dan luar negeri telah meramaikan dan membesarkan golongan menengah Bumiputera di negara ini, katanya.

Kini mereka bukan sahaja bersaing sesama sendiri atau kaum lain tetapi juga golongan profesional dari negara-negara lain dan ini semestinya diakui sebagai satu fenomena yang memberangsangkan dan masyarakat Bumiputera mahu melihat lebih ramai daripada mereka yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa, kata Abdullah.

Beliau berkata golongan Bumiputera seperti ini akan membuktikan kesanggupan dan kebolehan Bumiputera dan mereka ini yang menonjolkan kejayaan Bumiputera perlu diakui serta diberi tempat dalam syarikat-syarikat bukan Bumiputera manakala pada masa yang sama yang bukan Bumiputera juga boleh mendapat tempat dalam syarikat-syarikat yang dikuasai oleh Bumiputera.

"Boleh jadi ada orang yang mengatakan bahawa situasi ini tidak dapat diterima kerana ia mencairkan kedudukan Bumiputera, maka dengan itu kedudukan Bumiputera perlu dipertahankan selama-lamanya.

"Kemampuan Bumiputera untuk meningkatkan kemajuan dan sedia bersaing dalam suasana yang adil, serta mendapat secara adil peluang-peluang yang bermutu dalam saingan terbuka akan meningkatkan lagi rasa hormat mungkin bangga dengan kebolehan Bumiputera," katanya.

Abdullah berkata jika Bumiputera mahu menjadi dominan, mereka perlu dominan daripada segi penguasaan ilmu dan kemampuan untuk memberi kepimpinan yang adil dan saksama serta boleh terus berjaya dengan kebolehan dan kelulusan yang tinggi mutunya dalam kerjaya pilihan mereka.

"Begitu juga dengan 'Towering Malays' - ertinya kehadiran golongan Bumiputera jelas dilihat, diakui, dihormati dan dikagumi kerana kebolehan watak, kepimpinan, pemikiran dan profesionalisme yang hebat.

Dalam erti kata lain, kita perlu menjadi jaguh dan pemimpin yang berkebolehan," katanya.

Sumber : Bernama


MASSA mengucapkan tahniah kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi atas penerimaan jazah Kehormat Doktor Falsafah Pembangunan Modal Insan oleh Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UiTM).


0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular