
MASSA mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah buat saudari
Syazwani Diana Mohamad Isa yang baru ditabalkan sebagai
Juara Top Host 2010 pada final rancangan tersebut yang diadakan di Sri Pentas pada malam semalam (Rabu, 19 Mei 2010). Buat pengetahuan anda, beliau merupakan bekas graduan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), UiTM Shah Alam dalam jurusan Penyiaran. Selain beliau terdapat seorang lagi peserta Top Host 2010 yang merupakan pelajar MC226 iaitu saudara Mohd Faizal Azhar.
Tahniah buat Syazwani Diyana, semoga beliau akan bekerja sebaiknya dan mencipta nama dalam bidang penyiaran di Malaysia bersama-sama dengan Media Prima.
0 komen:
Post a Comment