About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

09 June 2010

Naib Canselor UiTM Terima Kolonel Kehormat

www.tips-fb.com


Naib Canselor UiTM terima Kolonel Kehormat

SHAH ALAM 8 Jun – Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Ir. Sahol Hamid Abu Bakar hari ini dianugerahkan Kolonel Kehormat Angkatan Tentera Darat.

Anugerah itu disampaikan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd. Zin di Hotel UiTM di sini.

Penganugerahan tauliah kolonel kehormat ini diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah disyorkan oleh Majlis Angkatan Tentera yang bersidang pada 26 April lalu.

Turut menerima anugerah Kolonel Kehormat pada majlis yang sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mat Ali Hassan.

Penganugerahan Kolonel Kehormat kepada Datuk Mat Ali diperkenan setelah disyorkan oleh Majlis Angkatan Tentera yang bersidang pada 31 Oktober 2009.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pemangku Panglima Pemerintah Latihan Tentera Darat, Brigedier Jeneral Datuk Md. Azman Rosli.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular