About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

18 June 2010

i-Hack Competition 2010

www.tips-fb.com



Pusat Penyelidikan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian dan Pusat Pengajian Teknologi Komputer dan Perangkaian Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) UiTM dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), SCAN Associates serta CyberSecurity akan menganjurkan i-Hack 2010 pada 7 dan 8 Ogos 2010.

Misi :
  • Menyediakan platform kepada pakar-pakar dalam keselamatan komputer dari dalam dan luar negara berkumpul dan bertukar-tukar pendapat bagi mencari penyelesaian meningkatkan lagi keselamatan komputer.
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat Malaysia khususnya kepada pelajar institusi pengajian tinggi terhadap jenayah siber yang semakin berleluasa.
  • Mempertingkatkan lagi penyelidikan dalam sistem keselamatan komputer disamping mempelajari dan berkongsi sedikit sebanyak tentang sistem keselamatan komputer dari dalam dan luar negara.

Acara :
  • Pertandingan 12-Jam Menggodam Komputer (12-Hours Hacking Competition)
  • Pertandingan 12-Jam Melindungi Komputer (12-Hours Hacking Competition)
  • Pertandingan Forensik Komputer (Computer Forensic Competition)
  • Ceramah berkaitan Keselamatan Komputer
  • Bengkel “Ethical Hacking for Beginners”

Layari Laman Rasmi i-Hack 2010 untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan serta layari Facebook i-Hack 2010 untuk maklumat lanjut.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular