About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

19 June 2010

Sukan Antara Fakulti (SAF) UiTM 2010

www.tips-fb.com


Sukan Antara Fakuti (SAF) UiTM 2010
akan menemui kita para pelajar pada semester akan datang. SAF kali ini dijangka berlangsung pada 24 Julai hingga 8 Ogos 2010 dengan majlis perasmian akan dilakukan pada 23 Julai 2010 (Jumaat) jam 8.00 malam di Stadium UiTM.

Jadi para atlet MassComm All Star sekalian bersiap sedia untuk mengharumkan nama fakulti kita untuk SAF tahun ini. Perbaiki kedudukan kita yang hanya menduduki tangga ke-21 daripada 26 fakulti yang bertanding pada tahun lalu. Apa pun mengimbau kembali pencapaian 2009, prestasi FKPM adalah membanggakan sebenarnya cuma kita kurang mengumpul mata pada Larian SAF kerana kurangnya penyertaan daripada fakulti kita. Maka, untuk memperbaiki kedudukan FKPM, siap sedia semua untuk beramai2 menyertai Larian SAF dan pelbagai acara sukan lain yang bakal dipertandingkan demi menaikkan nama fakulti kita di UiTM.

KLIK SINI untuk mengimbau kembali prestasi FKPM pada SAF UiTM 2009

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular