About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

08 August 2010

FKPM Perbaiki Kedudukan Dalam SAF 2010

www.tips-fb.com

Klik imej untuk bacaan lebih jelas


Sukan Antara Fakulti (SAF) 2010 yang berlangsung antara 24 Julai hingga 6 Ogos 2010 telah melabuhkan tirainya. MASSA ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua atlit yang mewakili Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) dalam kejohanan tahun ini. Ucapan tahniah juga ditujukan buat Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) FKPM yang telah berjaya menyelengarakan SAF peringkat fakulti dengan baik.

Kita tak pernah dapat ranking sebaik ini, tahniah!
- Mohamad Izzat (MPP FKPM)


Syukur berkat usaha dan doa semua, FKPM telah berjaya memperbaiki prestasi kedudukan mata daripada tangga ke-21 pada tahun lalu (SAF 2009) ke kedudukan yang ke-12 untuk tahun ini dengan pungutan mata sebanyak 151 mata. Antara pingat yang dimenangi oleh FKPM adalah emas dalam hoki lelaki, acara bowling dan juga renang manakala bola tampar wanita memenangi pingat perak.

TAHNIAH BUAT SEMUA WARGA FKPM!


0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular