About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

09 August 2010

UiTM Tawar Biasiswa Lanjut Pengajian Di Universiti Terkemuka Dunia

www.tips-fb.com

UiTM tawar biasiswa lanjut pengajian di universiti terkemuka


KUALA TERENGGANU 6 Ogos - Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menawarkan biasiswa kepada mahasiswanya yang mencatatkan keputusan kelas pertama untuk melanjutkan pengajian di beberapa universiti terkemuka dunia mulai November depan.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, usaha di bawah program 'Meletak Melayu Dalam Peta Dunia' itu melibatkan 25 mahasiswa setiap tahun yang akan menyambung pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD).

Katanya, pengambilan pertama untuk program itu akan dilakukan selepas majlis konvokesyen UiTM pada November ini.

"Dalam tempoh dua bulan ini, UiTM akan membuat penilaian terhadap mahasiswa yang memperoleh keputusan cemerlang," katanya selepas merasmikan Persidangan Ekonomi dan Perniagaan Antarabangsa Terengganu 2010 (TIBEC 2010) di sini hari ini.

Seramai 250 peserta dari dalam dan luar negara menyertai persidangan tiga hari yang bermula semalam.

Persidangan anjuran UiTM Terengganu dengan kerjasama kerajaan negeri itu menghimpunkan pakar pengurusan perniagaan dalam dan luar negara.

Menurut beliau, pada masa ini UiTM telah pun mengadakan perbincangan dengan beberapa universiti terkemuka dunia bagi tujuan tersebut.

Katanya, antara universiti itu adalah Universiti Harvard (Amerika Syarikat), Universiti Cambridge, Universiti Oxford dan Universiti Imperial (Britain) serta beberapa universiti lain di Australia dan Rusia.

Dr. Sahol Hamid menambah, mereka yang terpilih itu akan berkhidmat dengan UiTM sekurang-kurangnya tujuh tahun setelah menamatkan pengajian masing-masing.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular