About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

21 August 2010

Pencarian AJK MASSA 2011 Bermula

www.tips-fb.com


Anda berminat untuk menjadi Ahli Jawatankuasa (AJK) MASSA Sesi 2011? Permohonan kini telah dibuka. Permohonan terbuka kepada semua pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), UiTM Shah Alam yang mempunyai ciri-ciri berikut:
  • pelajar semester 1 hingga semester 3
  • berkaliber, berkarisma, bertanggungjawab dan berdisiplin
  • boleh meluangkan masa untuk aktiviti kelab
  • boleh bekerja tanpa mengira waktu
  • boleh bekerja dalam kumpulan
  • CGPA 2.75 dan ke atas

Mereka yang berminat boleh mengambil borang permohonan di Bilik Gerakan MASSA di Aras 1 FKPM (bersebelahan surau lelaki dan lif). Sila sertakan sekali RESUME lengkap anda berserta dengan gambar berukuran pasport. RESUME hendaklah mendapat cop sokongan daripada pensyarah FKPM.

Borang yang siap diisi boleh dikembalikan semula ke Bilik Gerakan MASSA dan tarikh akhir penghantaran borang adalah pada 31 OGOS 2010. Mereka yang terpilih akan dipanggil untuk sesi temuduga bersama Penasihat MASSA, Puan Hariyati Ariffin (Mama) dalam waktu yang akan ditentukan kelak.


0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular