Klik imej untuk bacaan lebih jelas
Menurut pekeliling Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA), para pensyarah adalah diwajibkan untuk menggantikan sebarang kelas pada tarikh 6 hingga 9 September 2010 (Isnin hingga Khamis) bagi membolehkan para pelajar 'bercuti awal' untuk Hari Raya Aidilfitri. Kelas-kelas ganti tersebut harus dibuat sebelum cuti pertengahan semester dan cuti Hari Raya Aidilfitri atau dalam kata lain harus dilakukan sepanjang bulan puasa ini.
Cuti pertengahan semester dan cuti Hari Raya Aidilfitri adalah pada 10 hingga 19 September 2010. Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Azni Zain Ahmed menafikan khabar angin bahawa tiada cuti ulangkaji untuk semester ini. Oleh yang demikian cuti ulangkaji akan tetap pada tarikhnya seperti dalam Kalender Akademik iaitu pada 16 hingga 24 Oktober 2010.

0 komen:
Post a Comment