- UiTM menerusi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) melancarkan penubuhan Kursi A Samad Ismail bagi meningkatkan pengetahuan dunia komunikasi dan pengajian media Malaysia ke persada antarabangsa selain bagi memartabatkan sumbangan penulisan, bidang kewartawanan Melayu dan media terhadap perjuangan mencapai kemerdekaan, pembentukan minda dan jati diri di kalangan rakyat.
- FKPM dipilih oleh Kementerian Pengajian Tinggi adalah kerana FKPM merupakan fakulti pertama di Malaysia yang mengkhusus dalam bidang komunikasi dan media.
- Ramai daripada editor di pertubuhan media adalah graduan UiTM dan ada di antara mereka yang mendapat bimbingan terus daripada Allahyarham A. Samad, lebih dikenali sebagai Pak Samad, yang menjadi pensyarah sambilan FKPM (Sebaran Am) sekitar tahun 1970-an.
"Jika diteliti sejarah kehidupan Pak Samad, beliau banyak berdepan pelbagai ranjau kehidupan yang diterjemahkan menerusi hasil penulisan untuk memberi kesedaran serta mendidik masyarakat sepanjang zamannya sehingga ke hari ini.
"Dengan adanya Kursi A. Samad Ismail ini, membolehkan kajian dan perkembangan hasil idealisme tokoh ini dilakukan untuk perkembangan ilmu kewartawanan dan komunikasi terutamanya dalam suasana persaingan di antara media baru dengan konvensional ketika ini."
.
1 komen:
Saya pernah pinjam buku allahyarham ketika saya bertugas di harian metro. selepas dua minggu ida datang ke pejabat. borak-borak tepi tandas, allahyarham cakap saya tak pulangkan buku dia. selamba dia kata, kalau tak pulangkan buku aku, aku bagitau nazri buang engkau. Kemudian dia masuk ke bilik Ketua Pengarang Kumpulan, kemudian keluar semula. Saya pun bagi tau. "Pak...saya dah pulangkanlah buku tu. Mana ada saya bawak balik." allahyarham pun tersenyum. Kemudian kata, aku lupa.
Demikian antara karakter pak samad. Dia tegas, hati baik dan susah mencari ganti orang setokohnya dalam dunia kewartawanan kita. mari kita berdoa moga rohnya dicucuri Allah. Bacalah buku-buku peninggalannya untuk kita tahu siapa pak samad dari dalam dirinya.
Post a Comment