UiTM tambah 20,500 asrama
BUKIT MERTAJAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) merancang untuk membina sekurang-kurangnya 20,500 tambahan tempat penginapan pelajar di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usaha itu sejajar dengan perkembangan semasa universiti itu serta sebagai persediaan menampung 200,000 pelajar pada masa akan datang.
"Kerajaan memang akan berusaha untuk sediakan penginapan pelajar di UiTM secara lebih menyeluruh di semua kampus UiTM di seluruh negara.
"Malah kita memang memberi perhatian dalam soal kebajikan pelajar dan salah satu perkara yang menjadi fokus adalah dari segi penginapan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kolej Kristal di UiTM Pulau Pinang di sini.
0 komen:
Post a Comment