About Me

My Photo
Mass Communication Students Association atau MASSA adalah satu persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berperanan untuk menyatukan semua pelajar komunikasi tanpa mengira sequence dan menjalankan program untuk para pelajar di UiTM Shah Alam amnya dan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media khususnya.

29 October 2010

Titih Pusaka Juara Dikir Barat Kebangsaan

www.tips-fb.com




Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Dikir Barat Titih Pusaka dari UiTM Shah Alam yang telah mengharumkan nama universiti kita selepas muncul Juara Keseluruhan Pertandingan Dikir Barat Peringkat Kebangsaan 2010.

Selain juara keseluruhan yang membawa pulang wang tunai RM20,000 mereka juga berjaya memenangi kategori Tok Jogho Terbaik (Abe Amar @ Ahmad Abdullah) dan Persembahan Terbaik yang masing-masing membawa pulang RM3,000 beserta piala dan sijil penyertaan.

Kejayaan ini adalah sangat membanggakan kerana ini adalah kali pertama kumpulan dari luar negeri Kelantan yang berjaya memenangi pertandingan ini.

Syabas dan tahniah diucapkan!



Kirimkan ucapan tahniah anda kepada mereka di laman Facebook Kumpulan Dikir Barat Titih Pusaka.

Baca Selengkapnya - Titih Pusaka Juara Dikir Barat Kebangsaan

28 October 2010

NST - UiTM Varsity Voice

www.tips-fb.com

Mohamed Khaled (tengah) menunjukkan akhbar New Straits Times Varsity Voice bersama Zainul Arifin (kanan) dan Dr Sahol Hamid pada majlis perasmiannya di Kuala Lumpur.

RM1 juta terbit akhbar 5 IPTA


Projek kementerian, NSTP dedah pelajar dalami dunia kewartawanan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi akan memperuntukkan RM1 juta kepada lima universiti awam yang menjayakan projek 'Journalism On Campus' bersama Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) pada tahun depan.


Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada peruntukan tambahan berjumlah RM130 juta diluluskan kementerian bagi menjayakan program meningkatkan kemahiran insaniah graduan.


Katanya, tahun ini Universiti Teknologi Mara (UiTM) selaku universiti awam pertama mengikuti projek berkenaan diberi peruntukan RM100,000 untuk menjayakannya.

“Tahun depan, kementerian akan menyalur peruntukan sebanyak RM200,000 kepada setiap universiti awam yang mengikuti program ini, tetapi terhad kepada lima universiti yang menawarkan program kewartawanan atau komunikasi,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas melancarkan projek ‘Journalism On Campus’ di Balai Berita di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa dan Naib Canselor UiTM, Profesor Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Turut hadir, Pengarang Kumpulan, Kumpulan New Straits Times Sdn Bhd (NST), Datuk Syed Nazri Syed Harun dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UiTM, Profesor Dr Azni Zain Ahmed.

Seramai 57 pelajar UiTM daripada pelbagai jurusan dan fakulti mengikuti program itu sejak Jun lalu bagi mendedahkan mereka pengalaman mencari dan menulis berita, mengambil gambar, membuat reka letak akhbar serta mencari iklan sambil diberi nasihat bimbingan mentor NSTP.

Menerusi program itu, pelajar terbabit dapat menimba pengetahuan dan pengalaman mengenai cara menerbitkan akhbar dikenali Varsity Voice untuk lapan keluaran dalam tempoh dua semester, mencetak 25,000 naskhah setiap keluaran serta mengedarkannya di 16 kampus cawangan UiTM.

Khaled berkata, kementerian mengalu-alukan pihak industri terbabit dalam program meningkatkan kemahiran insaniah supaya dapat menepis tanggapan kononnya universiti awam gagal melahirkan graduan yang diperlukan di pasaran pekerjaan atau industri.


Klik Baca Selanjutnya untuk meneruskan bacaan.

  • Seramai 57 pelajar UiTM daripada pelbagai jurusan dan fakulti mengikuti program itu sejak Jun lalu bagi mendedahkan mereka pengalaman mencari dan menulis berita, mengambil gambar, membuat reka letak akhbar serta mencari iklan sambil diberi nasihat bimbingan mentor NSTP.
  • Menerusi program itu, pelajar terbabit dapat menimba pengetahuan dan pengalaman mengenai cara menerbitkan akhbar dikenali Varsity Voice untuk lapan keluaran dalam tempoh dua semester, mencetak 25,000 naskhah setiap keluaran serta mengedarkannya di 16 kampus cawangan UiTM.


KLIK SINI untuk menyertai Fecebook NST - UiTM Varsity Voice.

Baca Selengkapnya - NST - UiTM Varsity Voice

25 October 2010

Dikir Barat UiTM Ke Akhir Kebangsaan

www.tips-fb.com

Pasukan Dikir Barat Titih Pusaka dari UiTM Shah Alam telah berjaya ke peringkat akhir Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan. Pertandingan anjuran RTM ini akan dilangsungkan di Kuantan pada 29/10/2010 (Jumaat) jam 9.00 malam.

Pihak HIMSAK telah berusaha menyediakan bas penyokong daripada UiTM Shah Alam. Bas tersebut akan bertolak dari perhentian bas Kolej Perindu selepas solat jumaat jam 3.00 petang dan pulang selepas tamat program. Anda diminta berdaftar sebagai pasukan penyokong sekarang secara online DI SINI.


Kumpulan Sri Gombak bersaing dengan Kumpulan Titih Pusaka dalam Pertandingan Akhir Dikir Barat 2010

Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menganjurkan Pertandingan Akhir Dikir Barat 2010 pada 29 Oktober 2010 (Jumaat), jam 9.00 malam di TV1. Pertandingan akhir ini akan dibawakan secara langsung dari Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Ini merupakan tahun ke-17 penganjurannya di mana ianya telah diadakan sejak tahun 1993 lagi.

Jika pada tahun 2009, Kumpulan Sri Arena Pantai Haji Nik Mat, Tumpat Kelantan telah menjuarai pertandingan akhir peringkat kebangsaan, pada tahun 2010 ini, dua (2) kumpulan yang akan bersaing sengit pada pertandingan akhir nanti mempunyai sejarah dan keunikan masing-masing di mana kumpulan pertama yang diberi nama Kumpulan Sri Gedombak dari Pasir Puteh, Kelantan di mana kumpulan ini pernah menjuarai Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan RTM pada tahun 2006 dan saingan diterima kumpulan kedua dari Kumpulan Titih Pusaka, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah alam, Selangor yang merupakan sejarah kali pertama pertandingan dikir barat, kumpulan dari luar negeri Kelantan berjaya melangkahkan kaki ke peringkat akhir pertandingan ini.

Menerusi peringkat awal pertandingan telah diadakan empat peringkat pertandingan di mana peringkat saringan pada 4 April 2010 (32 pasukan), peringkat suku akhir yang berlangsung pada 8 dan 9 Jun 2010 (8 kumpulan) dan dikecilkan lagi ke peringkat separuh akhir yang diadakan di Dewan Profesional, Kampus UiTM Machang, Machang, Kelantan pada 10 Julai 2010 (4 kumpulan) dan akhirnya terdapat dua (2) kumpulan yang berjaya memasuki peringkat akhir pertandingan tersebut.

Hadiah yang ditawarkan pada tahun 2010 ini merangkumi Johan akan membawa pulang wang tunai RM 20,000.00 manakala Naib Johan akan membawa pulang wang tunai RM 15,000.00, masing-masing beserta piala serta sijil penyertaan.

Tiga kategori lain yang dipertandingkan adalah Tukang Karut Terbaik akan membawa pulang wang tunai RM3,000.00, Tok Juara Terbaik akan membawa pulang wang RM3,000.00 danPersembahan Terbaik akan membawa pulang wang RM3,000.00. Pemenang turut menerima piala serta sijil penyertaan.

Antara artis undangan yang bakal memeriahkan lagi pertandingan ini termasuklah Diana Daniel, Azharina Azhar, Alyah, Mustapha kamal, Sabri Yunus, Mat Over, Imuda, Dewi, Felicia dan Satiya yang akan mengadakan persembahan sketsa dan nyanyian secara langsung.

Orang ramai dijemput hadir memberi sokongan kepada warisan seni budaya kita ini dengan menyaksikan Pertandingan ini di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Ahmad Shah, Kuantan Pahang kerana masuk adalah percuma atau para penonton boleh menyaksikan secara langsung melalui siaran TV1.

Baca Selengkapnya - Dikir Barat UiTM Ke Akhir Kebangsaan

24 October 2010

Pencalonan Kelab Terbaik UiTM 2010

www.tips-fb.com


Semua kelab / persatuan pelajar di UiTM adalah berpeluang untuk menghantar pencalonan masing-masing untuk kategori yang disediakan (yang bersesuaian). Kelab dalaman FKPM adalah digalakkan menghantar pencalonan semoga ada persatuan dari FKPM akan berjaya mencipta nama.

Baca Selengkapnya - Pencalonan Kelab Terbaik UiTM 2010

22 October 2010

Amanat Penasihat MASSA

www.tips-fb.com


Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), UiTM Shah Alam dan Melaka. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir pada 25 Oktober hingga 14 November ini.

Buat pengetahuan semua pelajar, barisan EXCO MASSA yang diketuai oleh saudara Hamzani sebagai Presiden dan Saudari Raifanabila akan menamatkan tempoh lantikan mereka pada awal semester tahun depan. Sehubungan itu pihak MASSA telah pun melantik EXCO Tertinggi MASSA yang terbaharu untuk tahun 2011. Nama-nama mereka akan diumumkan kelak.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua EXCO MASSA yang telah menjalankan tugas mereka dengan penuh berdedikasi dan bertanggungjawab. Sejak dua tahun ini MASSA menunjukkan prestasi yang sungguh baik dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan serta memperkenalkan fakulti kepada pihak luar dan UiTM secara umumnya. Dua tahun lalu MASSA mula melangkah gagah dibawah pimpinan saudari Suhaila sebagai Presidennya dan saudara Meor sebagai Timbalan Presiden. Bermula dari situ MASSA mula bersemangat menjalankan aktiviti menyatukan semua pelajar Masscomm dan memperkenalkan fakulti kepada pihak atasan UiTM. EXCO MASSA dibawah pimpinan saudari Ella dan Meor yang sungguh aktif mendapat pujian dari banyak pihak.

Kesinambungan EXCO baru yang diserahkan pada pimpinan saudara Hamzani pada Januari 2010 yang lalu juga tidak menghampakan. MASSA terus mengorak langkah dan bergerak dengan penuh semangat bagi memperjuangkan hak pelajar dan menjadi tulang belakang kepada semua aktiviti pelajar di fakulti. Saya ingin mengucapkan syabas kepada pihak MASSA dibawah pimpinan saudari Suhaila dan Hamzani yang telah menaikkan nama MASSA yang suatu ketika dulu hanya tinggal nama tanpa aktiviti. Sekali lagi ucapan terima kasih dan syabas, diharap EXCO yang baru juga dapat menjalankan aktiviti sebaik EXCO lama dan menjadikan MASSA satu persatuan pelajar FKPM yang menyatupadukan pelajar pelbagai bidang dan jurusan.

Akhir kata selamat menempuh peperiksaan kepada semua pelajar FKPM dan tahniah kepada bakal graduan yang bakal menerima ijazah mereka bulan depan.

Puan Hariyati Ariffin, Penasihat MASSA


Baca Selengkapnya - Amanat Penasihat MASSA

Internship At Era Radio

www.tips-fb.com

Hey all Masscomers! Juniors! An especially those Part 5 students an still looking a place for your internship. ERA radio still looking for an intern (Radio Broadcasting / Radio Journalist / Media Studies / Journalism) for Nov 2010 - April 2011. Please email her a.s.a.p at faraa@era.fm. You will get an allowance too! As long as MassComm students, you can send your application now! Cool because you will get such an amazing experiences working in entertainment industry!

From: Annacobra Twinkle (Facebook)

Baca Selengkapnya - Internship At Era Radio

Permohonan Menjadi PM MDS

www.tips-fb.com

Permohonan untuk menjadi Pemimpin Mahasiswa Minggu Destini Siswa (MDS) Sesi Disember 2010 telah dibuka. Pelajar yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di Pejabat Pentadbiran Kolej dan Fakulti, berjumpa terus dengan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam atau memuat turun borang dari laman blog MPP UiTM Shah Alam Sesi 2010/11.

Tarikh tamat permohonan adalah pada 14 November 2010.

KLIK SINI untuk memuat turun borang permohonan.



Baca Selengkapnya - Permohonan Menjadi PM MDS

Permohonan Kolej Kediaman

www.tips-fb.com

Permohonan kolej kediaman untuk semester Disember 2010 hingga Mei 2011 kini telah dibuka. Semua pelajar-pelajar dikehendaki membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Kolej Secara Atas Talian (Online) yang boleh dimohon dengan mengakses Sistem eHEP di dalam Portal Pelajar (Student Portal).

Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Oktober 2010.

Baca Selengkapnya - Permohonan Kolej Kediaman

Konvo: Sahkan Kehadiran Anda

www.tips-fb.com

Untuk makluman semua graduan yang akan berkonvo bulan hadapan, Bahagian Pengurusan Rekod Pelajar & Konvokesyen telah membuka menu untuk Pengesahan Kehadiran, Semakan Denda dan Cetakan Borang Jubah. Sila sahkan Kehadiran, Semak Denda, dan Cetak Borang Jubah anda di Menu Pelajar sebagai persediaan sebelum hadir untuk mengambil jubah di laman web konvokesyen.uitm.edu.my.

*Sila beri perhatian kepada Sidang dan No Giliran anda.

Yuran konvokesyen adalah sebanyak RM140 dan yuran ini harus dibayar menerusi Bank Islam atau ATM Bank Islam sebelum 12.00 tengahari, 14 November 2010.

Berurusan terus dengan Bahagian Keselamatan (03-5544 2160) dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) 1 (03-5544 3716) untuk menyelesaikan denda dan saman anda. (Denda tidak dimasukkan dalam bil konvokesyen).

Baca Selengkapnya - Konvo: Sahkan Kehadiran Anda

18 October 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir

www.tips-fb.com

Penasihat MASSA, Puan Hariyati Ariffin atau Mama di Facebooknya hari ini mengucapkan..

"Selamat menempuh peperiksaan akhir kepada semua pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam bermula 25 Oktober ini. Good Luck and take care."


Selain itu, Mama juga menzahirkan rasa bangga dan seronok kepada para pelajar Semester 1 yang diajarnya semester ini..

Part 1 MC 222, MC 224, MC 225, MC 226 Unik , Happening dan Bersemangat

Terasa cepat sungguh masa berlalu. Diam tak diam dah habis satu semester berlalu. Minggu depan peperiksaan akhir bermula. Mengenali pelajar Part 1 adalah sesuatu yang membuat aku teruja. Sejak mula mengajar sehingga sekarang aku ssentiasa diamanahkan oleh Fakulti untuk mengajar matapelajaran bagi pelajar semester satu seperti Writing, Into to Masscomm dan Newswriting reporting. Setiap sem pelajar semester satu berpeluang menjelajah dan meneroka kehidupan dengan matapelajaran yang aku ajar. Mungkin pendekatan aku agak berbeza daripada pensyarah lain tapi samada suka atau tidak itu lah cara aku mengajar. Mereka mungkin agak terperanjat diawal semester, tapi setelah biasa kami menjadi rakan kongsi dalam proses pembelajaran. Keakraban kami terserlah dan aku sentiasa mengingati mereka sehingga mereka habis belajar.malah pelajar sentiasa mewarnai hidup aku dalam mengisi sisa hidup ini. Kadangkala hidup ini rasa sepi tanpa dikelilingi pelajar. Cuti sem mungkin membuatkan aku terasa sedikit sunyi dan sepi.

Tahun ini semester July Nov 2010. aku diberi kepercayaan mengajar MC 222, 224, 225 dan 226. dalam subjek News Writing and reporting. Ternyata mereka tidak banyak bezanya dari rakan2 senior sebelum ini yang cukup membuat aku teruja untuk memulakan pembelajaran. Kami mengharungi liku2 hidup dalam proses pembelajaran dan berhadapan dengan segala cabaran mempelajari seluk beluk membuat berita dan rencana. Sama seperti pelajar senior yang pernah bernaung dibawah pengajaran aku, mereka juga pelajar yang penuh semangat dan setiap seorang dari mereka amat unik. Proses pembelajaran menjadi mudah dengan pelajar yang akur dan sentiasa menerima teguran dengan baik. Harapan Mama agar semua pelajar ini cemerlang dalam peperiksaan nanti dan pesanan dari Mama `treasure the moments that we shared together and always be ready for the unexpectation in life' Semoga anda semua terus berjaya. take care and lots of LOVE from MAMA


Klik Baca Selanjutnya untuk meneruskan bacaan.

MASSA juga tidak ketinggalan untuk mengambil kesempatan mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir Oktober 2010 kepada para mahasiswa FKPM dan seluruh mahasiswa UiTM. Manfaatkan cuti ulangkaji selama seminggu ini untuk menenangkan fikiran dan mengulangkaji semula subjek-subjek yang mempunyai peperiksaan akhir.

KLIK SINI untuk menyemak jadual peperiksaan anda.

Baca Selengkapnya - Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir

Kenangan MC226 Di Pulau Pangkor

www.tips-fb.com



Video kenangan para pelajar program MC226 (Instructional Communication & Training) dalam program ‘Selangkah ke Dunia Instruktional’ di Suria Beach Resort, Teluk Nipah, Pulau Pangkor, Perak pada 24 hingga 26 September 2010 yang lalu.

Baca Selengkapnya - Kenangan MC226 Di Pulau Pangkor

17 October 2010

Program Cinta 1Malaysia

www.tips-fb.com

Program Cinta 1Malaysia yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah dilancarkan dengan jayanya pada 8 Oktober 2010.

Program ini bertujuan untuk menggerakkan usaha meningkatkan bilangan pengundi berdaftar secara besar-besaran di peringkat IPT khususnya UiTM yang mempunyai jumlah pelajar terbesar berbanding IPT lain. Para pelajar perlu disedarkan tentang kepentingan pendaftaran undi apabila umur mereka mencecah 21 tahun, umur matang yang membolehkan mereka memilih kepimpinan negara demi kedaulatan agama, bangsa dan negara yang kita cintai ini.



Video ucapan Naib Canselor UiTM, Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar sempena pelancaran program tersebut. Semoga usaha murni ini mencapai objektif dengan bantuan dan sokongan seluruh warga UiTM.

Baca Selengkapnya - Program Cinta 1Malaysia

16 October 2010

TV3 Wants You!

www.tips-fb.com

Come to the open audition held right here in our Faculty hosted by TV3. For those who thinks that they have the guts, the confidence and most importantly, the TALENT come to the audition prepared. There are looking for program Hosts and Presenters.

The audition will be held at :

Date : 19th October 2010 (Tuesday)
Time : 9.00 am to 4.00 pm
Venue : Bilik Sumber FKPM (level 2)

YOU may be the next big thing on the small screen.

Baca Selengkapnya - TV3 Wants You!

15 October 2010

Ice Cream Extravaganza Sales

www.tips-fb.com


Get tired of a whole day study for your exam preparation soon?

Not in study mood?

Exams day only left for a few days remaining..?

Don’t worry guys.. Throw up all pens and calculator.. Get kick-up by having a break with us! Makan-makan time..!

Chill up and sweetened your smile with our variety sorts of ice-creams..!

Welcome to Students’ Ice-cream Booth! We are excited to introduce to you:

1. Ice-cream Supreme Sundae with variety toppings-----> RM 1.50 (mini cups) RM 1.00 (cones)

Introducing our Ice-cream Vanilla/Chocolate/Strawberry Supreme Sundae! Made with 2 scoops (cones) or 3 scoops (mini-cups) of creamy Vanilla/Chocolate/Strawberry ice-cream and premium toppings (such as oreo, cornflakes, smarties and many more) it's perfect for sharing or a special treat for yourself! Check it out!

2. Superb Ice-cream Sandwich-----> RM 1.50 only!

Of course everyone get familiar with hot-dog meals or other meals which such kind of that..Here we bring to you some differences..By putting those sorts of delightful Vanilla/Chocolate/Strawberry ice-cream with a gooey Chocolate and Strawberry sauce and crunch peanuts topped with jimmies between two scrumptious bun. Definitely will be such great and sweet moment in each bite especially for Dessert Lovers!

3. Awesome Rootbeer Float-----> RM 1.50 only!

A nice and frosty cup of good Rootbeer Float will surely makes anyone’s day…Definitely, everyone will lovin’ it and that’s why it is called awesome! ngeh3x…try it!

4. Heavenly Banana Split with Ice-cream-----> RM2.00 only!

Finally, you might want to sit down for this..Vanilla, Chocolate and Strawberry delightful ice cream covered with gooey chocolate and strawberry sauce, fresh banana and crunch peanuts topped with chocolate rice and jimmies on cream… Yummy...heaven..for sure will make everyone often licked on bowl..You won't believe that? Why don’t you grab one soon and find it out! Available for limited time only.

Chase us at Students’ Ice-cream Booth at Foyer S&T Tower, UiTM Shah Alam

All day Wednesday 20 October 2010 starts from 12.30pm until 5.30pm

So, don’t forget to scoop up your favorite ones or bring joy to your loved/spouse ones with the sensational ice-cream only from Students’ Ice-cream Booth!

Hurry up while stocks last!

For more information head on down to :
Students Ice Cream Booth (Facebook)


Baca Selengkapnya - Ice Cream Extravaganza Sales

AGM Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia

www.tips-fb.com


Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) UiTM Shah Alam akan menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) seperti berikut:

Tarikh : 17 Oktober 2010 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Theatrette 5, Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM)

Semua dijemput hadir!

Baca Selengkapnya - AGM Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia

14 October 2010

IPRM Educator's Chapter Launch

www.tips-fb.com


The Education Committee of Institute of Public Relations Malaysia (IPRM) is launching the IPRM Educators' Chapter on Thursday, 21st October 2010. This event is a platform to create awareness about the new IPRM Educators' Chapter. The Chapter will work towards promoting collaboration on research and publication between public relations educators and practitioners to advance the public relations professions.

The event will be officiated by Dato' Mohd Hamdan Adnan, President, Institute of Public Relations Malaysia, Various IPTA/IPTS will also will be participating in the event. There will also be a discussion on collaboration between members of the Educators' chapter and IPRM student associations in various universities. All public relations educators, representatives from IPRM Student Associations, and public relations practitioners are invited to the launch

For further details, please contact Mardhiah at 013 690 2034 or mardiah.azizul@gmail.com

This event is handled by MC222 5C (Public Relations) final year students, UiTM Shah Alam.

Date: 21 October 2010
Time: 9.20am-1.00pm
Venue: Wisma Sime darby, Tingkat 10, Dewan Bestari, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Baca Selengkapnya - IPRM Educator's Chapter Launch

13 October 2010

Cruising With The MC224 5C's

www.tips-fb.com





Make some noise for the cruisers.

A promotional campaign filled with fun exciting activities complete with great prizes to be won from Istana Budaya, KL Hop On Hop Off (KL HoHo) and other sponsoring partners.

Play and win interesting prizes during our roadshow around UiTM where some of their stop includes Puncak Perdana, Faculty of Law, Faculty of Art and Design and of course our own Faculty, Faculty of Communication and Media Studies. Enjoy an entertaining day of pure fun quizzes, games and performances. Joining us will also be the Suria Wheels from Suria FM to pump up the joy.

Wrapping up the campaign will be the 'Final Destination' event at

Venue : Dataran Mawar
Time : 8 pm till late

Some of the perks of the event :
  • Hosted by ZAINAL ALAM KADIR.
  • Special performances from ALTIMET, CODA, AZRIN and DISH
  • Exciting band performances from Tenjin and Love from the President.
  • A display of KL HoHo bus.
  • Food stalls.
  • Fun games and lucky draw sessions.
  • Booths set up by Istana Budaya and KL HoHo.

Everyone is invited to unwind and loosen up for a night filled with exciting performances.

For more information head on down to :
www.facebook.com/santaicruise


Baca Selengkapnya - Cruising With The MC224 5C's

10 October 2010

Recycling Today For Our Future

www.tips-fb.com


Para pelajar MEM575 (Pengurusan Industri), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal akan menganjurkan program Recycling Today For Our Future seperti berikut:

Tarikh: 20 Oktober 2010 (Rabu)
Masa: 12.00 tengahari hingga 4.00 petang
Tempat: Menara S&T, UiTM Shah Alam

Kepada anda yang berminat untuk memberi barang untuk dikitar semula sebelum tarikh program boleh berhubung dengan Abu Hanifah di talian 0172821348. Hanya untuk mereka yang berada di kawasan sekitar Shah Alam sahaja.


Baca Selengkapnya - Recycling Today For Our Future

Kemudahan Sukan Untuk Pelajar NR

www.tips-fb.com

Kebajikan pelajar UiTM termasuk pelajar NR amat saya titiberatkan. Mulai Ahad ini (10 Oktober 2010), UiTM akan menyewa 3 court badminton dan 1 court futsal buat pelajar NR di Pasaraya Bintang, Seksyen 7, Shah Alam.

Waktu kegunaan:
  • 2.00 petang hingga 6.00 petang (Ahad)
  • 5.00 petang hingga 11.00 malam (Isnin dan Rabu)

Sila bawa kad pelajar semasa membuat tempahan. Saya harap pelajar NR menggunakan kemudahan ini sepenuhnya.

- Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UiTM


Baca Selengkapnya - Kemudahan Sukan Untuk Pelajar NR

Akhbar Melayu Masih Berpengaruh

www.tips-fb.com

Laporan akhbar hari ini (10 Oktober 2010) berkaitan Forum Media: Survival Akhbar Melayu anjuran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) yang telah diadakan semalam;

Akhbar Melayu masih berpengaruh

Tak tergugat dengan media baru seperti blog

Ahli Panel Forum Survival Akhbar Melayu berpendapat media baru seperti blog belum dapat menandingi akhbar arus perdana, termasuk akhbar berbahasa Melayu yang dilihat tetap berpengaruh untuk mengetengahkan pendapat.

Bekas Menteri Penerangan, Datuk Zainudin Maidin, berkata kajian menunjukkan pengunjung kebanyakan laman blog semakin mencatatkan penurunan, berbeza dengan akhbar berbahasa Melayu arus perdana yang terus kekal sejak berpuluh tahun.

“Saya yakin masa depan akhbar Melayu sangat cerah walaupun jualannya agak merosot. Namun, pengunjung blog semakin merosot kerana rakyat sekarang semakin bijak selain mempunyai pelbagai pilihan mendapat dan menilai maklumat.

“Saya juga berpendapat Harian Metro ialah jelmaan Berita Harian manakala Kosmo! ialah jelmaan Utusan Malaysia yang tampil meneruskan survival akhbar berbahasa Melayu,” katanya pada sesi kedua forum itu di Pusat Antarabangsa Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini semalam.

Ahli akademik yang juga Pensyarah Universiti Teknologi PETRONAS( UTP), Prof Dr Ahmad Murad Merican, pula berkata peranan akhbar tidak akan dapat diganti baru, tetapi pengurusan akhbar berbahasa Melayu perlu memikirkan strategi untuk meluaskan pengaruh akhbar mereka, termasuk memasarkannya pada peringkat antarabangsa.

“Mungkin akhbar kepunyaan syarikat Melayu boleh terbitkan akhbar berbahasa Cina sekali sebulan atau menerbitkan sisipan dalam bahasa lain,” katanya.
Sementara itu, bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr Nordin Kardi yakin kepesatan teknologi tidak akan menjejaskan akhbar berbahasa Melayu.

“Dulu orang cakap bila ada mesin faksimili, pos laju tidak lagi akan relevan. Namun, hari ini kita lihat pos laju masih bertahan dan mereka cuba melakukan pelbagai perubahan untuk terus bersaing,” katanya.



Akhbar Melayu perlu bersifat nasional

Akhbar Melayu perlu bersifat nasional tanpa mengikut jejak akhbar Cina yang sering memisahkan bangsa dengan isu-isu melawan arus kebangsaan bagi memastikan diterima segenap lapisan masyarakat sekali gus meneruskan kelangsungan hidup.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, tindakan akhbar-akhbar Cina hanya merugikan mereka kerana tidak berada dalam arus perdana yang akan menjadi imej berkualiti, bertaraf nasional dan antarabangsa.

Tegasnya, rentak itu sama sekali tidak seharusnya dicontohi sebaliknya akhbar Melayu terutamanya Utusan Malaysia perlu mengetuai pembentukan masyarakat Malaysia berasaskan jati diri dan semangat negara.

"Kita usah terlalu ghairah hendak 'bereaksi' sebaliknya perlu mengetuai pembentukan masyarakat Malaysia berasaskan jati diri dan semangat negara," katanya ketika menjadi panel Forum Media: Sur vival Akhbar Melayu di Dewan Pusat Antarabangsa Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Turut sama menjadi panel forum ialah bekas Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Seri Azman Ujang; Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Chamil Wariya; Pengarah Urusan Utusan Media Sales Sdn. Bhd., Adi Satria Ahmad; bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr. Nordin Kardi dan Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Petronas (UTP), Prof. Dr. Ahmad Murad Merican.

Zainuddin tetap menyatakan keyakinan bahawa survival akhbar Melayu adalah lebih cerah jika dibandingkan dengan akhbar-akhbar lain yang mana jualannya tidak menunjukkan peningkatan.

Chamil Wariya pula berkata, akhbar Utusan Malaysia perlu terus kekal dengan identitinya dalam memperjuangkan kepentingan orang Melayu di negara ini, di sebalik segala kecaman dan kritikan yang diterima akhbar itu kebelakangan ini.

Menurutnya, kejatuhan jumlah edaran yang dialami Utusan Malaysia tidak harus menjadi kayu ukur kepada kejayaan akhbar tersebut dalam perjuangannya kerana trend itu turut dialami di seluruh dunia dan kebanyakan akhbar di Malaysia.

Tambahan pula katanya, naik dan turun jumlah pengedaran sesebuah akhbar itu adalah biasa dalam industri persuratkhabaran dan ia bukanlah sesuatu yang perlu dikhuatiri.

"Apatah lagi, Utusan Malaysia kini menerima kira-kira 2.5 juta pembaca sebulan iaitu antara ketiga tertinggi di Malaysia. Itu satu jumlah yang ramai dan saya percaya, Utusan Malaysia mempunyai pengikut yang setia,'' katanya.

Ahmad Murad pula berkata, akhbar-akhbar Melayu 'bergenre' serius perlu terus kekal dengan dasar editorial sedia ada dalam memberi idea dan membawa gagasan kepada pembacanya.

Menurutnya, meskipun jumlah pembaca akhbar 'genre' itu dilihat menurun ketika ini, namun pihak editorial tidak sepatutnya berkompromi dengan menyajikan bahan berita yang lebih ringan dan berbentuk sensasi bagi menarik minat pembaca.

Jika perkara itu dilakukan tegasnya, akan berlaku kehancuran terhadap orang Melayu kerana mereka akan kehilangan medium untuk mendapat idea serta berita-berita penting yang berkaitan dengan pembentukan serta kemajuan bangsa dan negara.

"Kalau kita berkompromi, percayalah bahawa kita akan hancur keseluruhannya kerana asyik disogok berita-berita yang ringan," katanya.

Beliau mencadangkan agar syarikat-syarikat akhbar Melayu memiliki saham dalam syarikat-syarikat akhbar berbahasa lain bagi memastikan orang Melayu turut dapat menyumbang kepada pembentukan identiti negara ini.

Sementara itu Adi Satria meminta agensi pengiklanan agar lebih 'membuka mata' terhadap kemampuan akhbar-akhbar Melayu dalam membantu mempopularkan sesuatu produk berbanding akhbar berbahasa Inggeris.

Beliau hairan dengan sikap kebanyakan agensi pengiklanan yang lebih memberi keutamaan kepada akhbar berbahasa Inggeris sedangkan akhbar berbahasa Melayu mempunyai pembaca yang jauh lebih ramai.

Menurutnya, keutamaan kepada akhbar berbahasa Inggeris mungkin ada kena mengena dengan stigma pengeluar produk, usahawan atau agensi pengiklanan kononnya sesuatu produk itu akan lebih dipandang tinggi.

"Sedangkan realitinya berbeza. Kajian juga menunjukkan bahawa pembaca akhbar Melayu lebih peka terhadap iklan kerana jumlahnya tidak sebanyak di akhbar Inggeris.

"Itu yang akan terus saya perjuangkan. Kumpulan Utusan melalui Utusan Malaysia dan Kosmo! contohnya, telah berjaya membantu perniagaan usahawan Melayu seperti produk Nouvelle Visage, Sendayu Tinggi dan One Drop Perfume untuk dikenali," ujarnya.



Klik Baca Selanjutnya untuk membaca keratan penuh akhbar berkenaan.


Baca Selengkapnya - Akhbar Melayu Masih Berpengaruh

08 October 2010

Forum Media: Survival Akhbar Melayu

www.tips-fb.com


Seminar nasib akhbar Melayu di UiTM esok

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam akan menganjurkan seminar khas bagi membincangkan hala tuju dan kelangsungan akhbar Melayu di negara ini.

Seminar yang akan diadakan Sabtu ini di Dewan Pusat Antarabangsa UiTM bermula pukul 8.30 pagi itu melibatkan dua sesi iaitu pagi dan petang serta beberapa ahli panel.

Ahli panel yang terlibat pada perbincangan sesi pagi ialah bekas Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Seri Azman Ujang; Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye dan Pengarah Urusan Utusan Media Sales Sdn. Bhd. (Umes), Adi Satria Ahmad.

Sementara itu, ahli panel pada sesi petang ialah bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr. Nordin Kardi; bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Tan Sri Zainuddin Maidin; dan Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Petronas (UTP), Prof. Dr. Ahmad Murad Merican.

Moderator untuk seminar itu ialah pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Dr. Rahmat Ghazali.

Akhbar Melayu merupakan wadah penyebar maklumat paling penting yang akan membentuk minda dan pendapat orang Melayu.

Buktinya, pengaruh akhbar itu telah berjaya membakar semangat kebangsaan sehinggakan orang Melayu bersatu melalui 29 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan menubuhkan UMNO pada 11 Mei 1946 dalam usaha menggagalkan Malayan Union.

Baca Selengkapnya - Forum Media: Survival Akhbar Melayu

MC224 5A's Charity Drive

www.tips-fb.com


Pelajar semester lima kelas MC24S5A Program Pengiklanan MC224 dengan kerjasama Malay Mail, SkyAd.net dan BernamaTV akan menganjurkan program MC224 5A's Charity Drive: We Are Putting The FUN In Fund! (The Malay Mail Care Fund Charity Event) seperti berikut:

Tarikh: 11 Oktober 2010 (Isnin)
Masa: 10.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat: Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), UiTM Shah Alam


Selamat Menderma!

KLIK SINI untuk maklumat lanjut atau hubungi;
  • Diyana : 017-2655329
  • Effa : 019-3692276
  • Syuhada :017-4455548
  • Aidil : 017-7252087
  • Afif :012-4068783
Baca Selengkapnya - MC224 5A's Charity Drive

07 October 2010

Wakil FKPM Juara IPC 2010

www.tips-fb.com


Wakil daripada Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media telah menjuarai Intervarsity Paintball Challenge IPC 2010 anjuran Kelab Rekreasi UiTM Malaysia (KRESMA) yang telah diadakan pada 1 hingga 3 Oktober lalu, demikian menurut laman web rasmi KRESMA;

Tahniah juga kepada pasukan yang menang. Carta keputusan pasukan yang menang adalah 1st UiTM dari Masscomm, 2nd MMU dari Melaka, 3rd dan 4th dari UiTM. Moga kejuaraan ini dapat dikekalkan serta disaingi dengan lebih kompetitif.



Tahniah diucapkan!

Sumber berita dan gambar dari KRESMA.


Baca Selengkapnya - Wakil FKPM Juara IPC 2010

04 October 2010

Temui Asyraf Juara Imam Muda

www.tips-fb.com


Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) dengan kerjasama Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam (CITU), UiTM Shah Alam akan menganjurkan satu ceramah dengan menampilkan penceramah terkenal iaitu Ustadz Asyraf yang merupakan juara rancangan realiti TV Imam Muda yang popular di Astro.

Tarikh: 5 Oktober 2010 (Selasa)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan Kuliah B, Menara Sains & Teknologi (S&T), UiTM Shah Alam


Baca Selengkapnya - Temui Asyraf Juara Imam Muda

ICT Career Week & Professional Talk 2010

www.tips-fb.com


Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Shah Alam akan menganjurkan ICT Career Week & Professional Talk 2010 seperti berikut:

Tarikh: 8 hingga 10 Oktober 2010 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat: Dewan Al-Ghazali, FSKM, UiTM Shah Alam

Layari fskmcareerweek.com untuk menyemak senarai aturcara program yang bakal diadakan.


Baca Selengkapnya - ICT Career Week & Professional Talk 2010

03 October 2010

Teater Pendek 'Tarik Lilin' Dari SISE

www.tips-fb.com


Selepas pernah membuat persembahan pada program Menangani Gangguan Seksual pada bulan Ogos lalu, komuniti Sisi Seni (SISE) akan sekali lagi muncul membuat persembahan dan kali ini di pentas Dewan Sri Budiman untuk Majlis Anugerah Dekan yang akan diadakan esok (4 Oktober 2010).

Untuk kali ini, SISE akan mempersembahkan teater pendek berjudul Tarik Lilin. Barisan pelakon yang akan terlibat dalam teater ini adalah Aizat Kulak, Sue Sefoden, Asraf Thaqib, Cech Adrea, Din Balun dan Adi Arash Mohamad.

Sumber: Blog SISE

Baca Selengkapnya - Teater Pendek 'Tarik Lilin' Dari SISE

Undian Pengisian Modul Seimbang

www.tips-fb.com


Undian mengenai pengisian modul Kemahiran Insaniah (KI), adakah ia berkesan dalam memberi pengajaran berguna kepada para pelajar telah pun ditutup dan daripada 72 pengunjung yang mengundi, 20 orang (27%) bersetuju, 19 orang (26%) tidak bersetuju, 18 orang sangat bersetuju (25%) dan 15 orang (20%) sangat tidak bersetuju.

Keputusan undian adalah sangat rapat dan seimbang menggambarkan ada pelajar yang berpuas hati dan ada juga yang tidak berpuas hati dengan pengisian modul yang diadakan setiap semester ini. Apa sekalipun, pengisian modul harus sentiasa dipantau dan dikemaskini oleh pihak berkenaan agar ianya memberi suatu yang bermakna kepada para pelajar dan bukannya membazirkan waktu pelajar yang 'terpaksa' menghadiri modul di hujung minggu.


Baca Selengkapnya - Undian Pengisian Modul Seimbang

01 October 2010

Kebebasan Bersuara: Di Mana Hadnya?

www.tips-fb.com


Para pelajar kelas MC21S3A, Program Kewartawanan (MC221) akan menganjurkan Bicara Ilmiah Bersama Menteri Kebebasan Bersuara: Di Mana Hadnya? seperti berikut:

Tarikh: 4 Oktober 2010 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat: Dewan Annexe, UiTM Shah Alam

Bicara ilmiah ini bakal membincangkan mengenai kebebasan bersuara dan hadnya, kupasan menarik bakal dikongsi bersama panel kehormat yang diundang iaitu Dato' Seri Nazri Aziz yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Baca Selengkapnya - Kebebasan Bersuara: Di Mana Hadnya?

Majlis Anugerah Dekan FKPM

www.tips-fb.com


Perhatian kepada mahasiswa Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), UiTM Shah Alam yang mendapat Anugerah Dekan pada peperiksaan akhir April 2010 yang lalu, anda dijemput untuk menghadiri Majlis Anugerah Dekan FKPM bertemakan 'Kejayaan Anak Bangsa' yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 4 Oktober 2010 (Isnin)
Masa: 10.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: Dewan Sri Budiman
Tema pakaian: Hitam & Putih

Ibu bapa adalah dialu-alukan untuk hadir sama tetapi tempat adalah terhad kepada 40 pasangan sahaja. Caj sebanyak RM20 seorang dikenakan kepada ibu bapa yang ingin hadir.

Ibu bapa yang berminat dan sebarang permasalahan atau pertanyaan boleh menghubungi Neesa di talian 019-366 0407.

*Pelajar yang sedang menjalani latihan praktikal boleh meminta surat pelepasan daripada pihak fakulti dengan melayari Facebook Anugerah Dekan MassComm.


Baca Selengkapnya - Majlis Anugerah Dekan FKPM

Be Glorious With MassComm

www.tips-fb.com


Hari ni selepas solat Jumaat, pelajar kelas MC22S5B akan bertolak ke Johor untuk mempromosikan MassComm UiTM kepada para pelajar tingkatan 6 di daerah Johor Bahru.

Antara tetamu yang akan hadir ialah Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Timbalan Dekan Kualiti dan Penyelidikan FKPM, Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Johor, beberapa orang Ketua-ketua sektor Jabatan Pelajaran Negeri Johor, pengetua-pengetua sekolah daerah Johor Bahru, guru-guru kaunseling sekolah menengah sekitah daerah Johor Bahru dan guru-guru sekolah daerah Johor Bahru.

Program ini akan disertai oleh seramai 300 orang pelajar tingkatan 6 rendah dan atas dari sekolah sekitar daerah Johor Bahru. Diharapkan program ini akan berjalan dengan lancar dan dapat memberi manfaat kepada semua yang hadir.

Teja Suraya


Baca Selengkapnya - Be Glorious With MassComm

FKPM Lendu Anjur Kempen Antibuang Bayi

www.tips-fb.com


300 mahasiswa UiTM anjur kempen antibuang bayi

ALOR GAJAH 29 Sept. - Gejala sosial termasuk kes pembuangan bayi yang berlaku akhir-akhir ini mendorong 300 penuntut Diploma Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Lendu menganjurkan Kempen Antipembuangan Bayi 'Menyentuh Kehidupan' di sini hari ini.

Pelbagai aktiviti diadakan sempena penganjuran sehari kempen itu antaranya acara simbolik cop tangan yang disertai mahasiswa dan masyarakat, pertandingan poster, pameran, persembahan kesedaran kempen, sajak dan teater pendidikan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Kesihatan dan Pembangunan Keluarga negeri, Datuk Norpipah Abdol berkata, penganjuran kempen tersebut bertepatan dengan isu pembuangan bayi yang sedang melanda negara ketika ini.

Menurutnya, langkah yang diambil sekumpulan mahasiswa terbabit sekurang-kurangnya membantu kerajaan mengatasi gejala yang berlaku khususnya dalam kalangan golongan belia.

"Kita percaya hanya melalui kesedaran yang dipupuk golongan rakan sebaya mampu mengajak belia untuk sama-sama mencegah daripada terlibat dengan gejala pembuangan bayi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan kempen itu di pekarangan Dataran Keris UiTM Lendu.

Turut hadir, Pengarah Kampus UiTM Lendu, Datuk Prof. Madya Dr. Mizan Hitam; Koordinator Program Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Abdul Rauf Ridzuan dan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar, Muhamad Alyas Abdul Jalil.

Menurutnya, usaha yang digerakkan mahasiswa UiTM itu wajar dicontohi oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta lain bagi membolehkan program pencegahan gejala buang bayi dilaksanakan secara berterusan.

"Kita mahu kempen kesedaran menangani gejala buang bayi ini dilaksanakan secara berterusan dan tidak semata-mata mengikut musim tertentu.

"Gesaan ini berdasarkan keadaan statistik kes pembuangan bayi yang berlaku di seluruh negara dan keadaan ini amat membimbangkan," katanya.

Beliau berkata, pada masa ini, statistik gejala itu menunjukkan terdapat 51 kes pembuangan bayi dilaporkan berlaku dalam tempoh Januari hingga Ogos lalu.

Daripada bilangan kes itu, kata beliau, enam kes sedang menunggu perbicaraan manakala 21 orang yang terlibat dalam kes berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan.

Norpipah berkata, pihaknya percaya kes pembuangan bayi mampu diatasi sekiranya semua pihak terutama di kalangan masyarakat mengambil inisiatif membantu mengatasi permasalahan yang berlaku.

"Jika ada di kalangan kita yang hanya berpeluk tubuh dan menyalahkan individu yang terlibat dalam gejala ini, pasti masalah ini tidak mampu ditangani seterusnya menjadi penyakit barah yang sukar dirawat," katanya.

Baca Selengkapnya - FKPM Lendu Anjur Kempen Antibuang Bayi

Dapatkan Akhbar Shah Alam Jurnalis!

www.tips-fb.com


Dapatkan surat khabar Shah Alam Jurnalis edisi Ogos 2010!

Banyak informasi dan pengetahuan untuk anda.

Akhbar ini boleh didapati di Pejabat Pentadbiran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) atau berjumpa terus dengan para pelajar Program Kewartawanan MC221 Semester 4.

Baca Selengkapnya - Dapatkan Akhbar Shah Alam Jurnalis!

Related Posts with Thumbnails

Entri Terkini

Komen Terbaru

Entri Popular